DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW, ARTIS PUN JOIN ISLAM (Siri 1)

Saya tertarik semenjak mendengar beberapa berita sejak kebelakangan ini, yang memaparkan beberapa orang artis Malaysia yang semakin tertarik dengan Islam. Antaranya seperti Siti Nurhaliza, Amy search, dan Ranggo Arrow, ditambah dengan seorang lagi artis yang tertarik dengan dakwah PAS di Malaysia.
. Sebelum ini saya pernah menulis artikel “Siti Nurhaliza : Orang Yang Tersesat Pasti Rindukan Kebenaran”…. Yang khusus saya tulis sempena lawatan Siti Nurhaliza di Pejabat Tok Guru Nik Aziz. Sebelum ini, Akil Hayy juga sudah menonjolkan satu contoh yang baik untuk dicontohi oleh artis-artis lain hari ini.

Saya teringat kisah yang sangat mendorong saya untuk menulis artikel ringkas ini. Iaitu, ketika zaman Nabi Muhammad SAW, juga terdapat golongan yang boleh saya gelarkan sebagai golongan artis. Mereka ialah penyair-penyair Arab yang hebat dan terkenal. Mereka disanjung kerana syair-syair mereka. Hari ini pula, golongan artis juga menjadi pujaan dan sanjungan banyak pihak.

Golongan bangsawan Arab suka untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai penyair hebat ketika dewasa nanti. Dan tidak dinafikan, ibu bapa yang ada sekarang, turut menyukai apabila anak mereka menjadi seorang artis ketika dewasan kelak. Malangnya. Mereka (Arab Jahiliah) juga sangat suka syair-syair yang memuja seorang wanita, dan ia juga biasa kita dengari di dalam kebanyakan lagu-lagu di Malaysia.

Sampai satu ketika, beberapa penyair hebat ini tertarik dengan Islam. Mereka tertarik apabila Nabi Muhammad SAW membacakan al Quran dan susunan ayat al Quran itu sangat menarik sehinggakan syair-syair karangan mereka kalah dengan bahasa al Quran. Memang benar, peristiwa itu sedang terjadi hari ini, iaitu dengan melaksanakan sistem perundangan di dalam al Quran, golongan artis hari ini juga akan tertarik.

Susunan ayat al Quran berjaya menawan hati penyair-penyair hebat ketika itu. Begitu juga apabila kita melaksanakan Islam, dan menegakkan kebenaran berdasarkan al Quran, sudah pasti golongan-golongan artis ini akan tertarik. Begitu juga golongan cendekiawan hari ini yang sibuk mengkaji tentang mukjizat al Quran.

Antara penyair yang memeluk Agama Islam ialah Hassan bin Thabit. Beliau adalah seorang penyair hebat di zaman tersebut dan beliau mampu untuk menuturkan syair secara sepontan. Adakah artis hari ini boleh menyanyi secara spontan dengan lirik yang dikarang secara spontan? Penyair Arab Jahiliah jauh lebih hebat, dan mereka memeluk juga Agama Islam, apatah lagi artis hari ini?

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments

Powered by Blogger.