Drama Hari Terakhir Kempen politik di Bukit Gantang !


Siang hari ini nampak macam milik BN. Ceramah Madey disiarkan secara langsung oleh TV1. Ceramah itu merapu tetapi tak patutlah kalau kita katakan kesannya tak ada langsung. Daripada 200 orang tempatan yang hadir, mungkin dua tiga orang yang sebelum itu masih confuse nak undi parti mana, akhirnya confirmed undi BN. Lebih seribu orang penonton dari luar Bukit Gantang yang turut hadir, tak beri kesan kepada keputusan pengundian besok.

Insiden paling buruk tentunya peristiwa petugas BN cuba melondehkan seluar petugas srikandi PKR di Simpang. Sehingga waktu maghrib urusan laporan polis di Balai Polis Simpang masih belum selesai. Petugas BN nampaknya terbawa-bawa perangai calon mereka dalam hal londeh-melondeh ini. Puteri UMNO perlu lebih berhati-hati. Jangan sampai ada yang ditinggalkan dalam keadaan berbadan dua.

TV sepanjang hari riuh rendah dengan kesah Nga Kor Ming baca ayat Quran. Kelmarin GPMS dan BBPM dah buat laporan polis. Hari ini PEWARIS tumpang sekaki. Mufti Harussani pun teringin juga menyembahkan taat setia kepada UMNO. Marah sungguh nampaknya melayu-melayu UMNO tu. Sebab itulah kerajaan yang mereka pimpin menganaktirikan sekolah agama rakyat hingga sanggup menarik balik bantuan perkapita SAR yang tak seberapa pun. Sebelum itu pun bukannya semua SAR dapat peruntukan perkapita itu. Graduan pengajian Islam luar negara sentiasa dicurigai oleh UMNO. Sebahagian graduan lepasan pusat pengajian Islam Pakistan disumbat ke Kemuntingnamo kerana kebencian UMNO terhadap semangat Islam mereka.

Tok guru dan ustaz-ustaz yang rela hati nak menyumbangkan ilmu di masjid dan surau juga adalah musuh UMNO. Rumah Allah dijadikan kawasan larangan bagi pengajian Kitab Allah. Yang ada cuma guru takmir yang hanya boleh baca bab haid dan nifas. Maka jadilah sekelian rumah Allah itu lesu dan menjemukan. Tiada roh dan tiada cahaya.

UMNO takut kepada ayat Quran. Lebih kurang macam setan takut terbakar bila dibacakan ayat Allah itu. Ayat puasa dan zakat boleh dapat permit. Ayat aurat dan riba tak dibenarkan. Bacalah ayat nikah kahwin dan talak berapa juta kali pun. Jangan baca ayat hukum hudud dan lain-lain ayat siasah. Bagi UMNO, Tuhan tak cukup cerdik. Ayat hudud, qisas, aurat dan riba tidak relevan untuk melayu zaman moden. Maka jangan baca ayat-ayat itu.

Aku tak teringin terjebak dengan polemik ini secara panjang lebar. Cuma aku minta tok guru UMNO tolong bagi dalil yang melarang non-muslim baca Quran. Ayat mana dalam Quran yang menetapkan larangan itu. Surah apa? Juzuk berapa? Hadith mana yang melarang? Kitab Hadith yang mana satu? Diriwayatkan oleh siapa? Hadith mutawatir ke? Atau Hadith Sohih? Atau Hasan Sohih? Atau Hadith Maudhu'?

Pendek cerita, tak ada dalil yang kata begitu. Cuma kalau ayat Quran itu dipermain-mainkan, orang Islam tak boleh membiarkannya. Si pelaku itu mesti dinasihati supaya berhenti. Kalau tak berhenti, perbuatan itu mesti dihalang. Kalau halang cara baik tak berhasil, bolehlah main kasar sikit. Kasar sikit pun tak berkesan, bolehlah lebih kasar lagi. Contohnya ialah UMNO. Sepanjang zaman UMNO menghina dan mempermainkan ayat Quran. Umno dah dinasihati tapi tak makan saman. Kita dah warning UMNO tapi mereka tetap tak peduli. Malah UMNO ketawa bila kita nak daulatkan Quran. Kalau betul-betul ikut perintah Allah dalam daulah Islamiyah, dua tiga puluh ribu pemimpin UMNO mungkin hilang nyawa kerana sabitan murtad dalam mahkamah. Tapi setakat hari ini kita masih tak berdaya.

UNDI PAS...Ingat Undi PAS..!

Mari kita raikan PERAYAAN DEMOKRASI di Bukit Gantang !

Si Osman BBPM dan setiausahanya yang buat laporan polis tu, sebut perkataan Quran pun 'telor' bunyinya kata orang perak. Aku dapat maklumat si Osman tu baca Quran pun bunyinya macam badwi padang pasir Senegal. Idgham ikhfa' izharnya berterabur macam budak buta huruf baru belajar baca Quran. Tapi sensitif benor bila Nga baca Quran. Cemar kesucian Quran! Umat Islam rasa malu! bla bla bla. Boleh blah!

Rizal Merican pun dua kali lima. Kalau baca Quran, semua lam dalam kalimah Allah dibunyikan sebagai lam al-jalalah termasuk lam dalam kalimah Allah yang didahului oleh kalimah bi dan li. Yennaada tambi?

Isu ini cuma bersebab politik. UMNO sedang struggle untuk pujuk Melayu Bukit Gantang. Melayu memang emosional dalam bab bangsa dan agama walau pun tak tahu punca. Adat perang politik memang macam tu. Mainan emosi dan sentimen selalunya berkesan. Lalu UMNO pun dapat satu idea untuk jadikan Melayu marah pada DAP. Marah DAP, terkena jugalah PAS. Marah PAS, tersangkut DS Nizar yang jadi calon P.59. Harap-harap Melayu benci tengok muka Nizar. Harap-harap Melayu sakit hati tengok nama Nizar di kertas undi. Harap-harap Melayu undi Mail Pian. Itu saja halnya.

Petang tadi juga Mail Pian buat laporan polis tentang pengedaran foto XXX yang ada muka dia. Kata Mail, foto itu dihasilkan secara super-impose. Kata Mail, orang dalam foto tu bukan dia. Mail memang menggelabah lebih sikit dengan isu-isu dalaman pakaian ini. Aku pun tumpang kesian. Memanglah kebanyakan orang (tak semua) ada sikit-sikit sejarah silam yang hitam dan kelabu. Dulu lain sekarang lain. Cuma malangnya si Mail Pian ni, kisah XXXnya banyak sangat. Entah betul entah fitnah tak dapatlah kita nak menghukumkannya.

Tapi banyak sangat riwayat lucah Mail ni. Malah puan H dalam risalah awal tentang Mailgate ini sanggup diinterview. Sangggup dirakamkan video pengakuannya. Fuh! Kita pulak yang tak sanggup. Takut nanti hantu kopek menghilangkan puan H ini entah ke mana. Kesian dia. Tu belum kira c4 lagi. Tak payahlah. Biar Mail Pian kalah kerana perjuangannya. Kalah kerana UMNO yang busuk. Rasa macam tak gentle pulak kalau kita kalahkan dia dengan isu seluar dalam. (source : cyberboron)

No comments

Powered by Blogger.