Esok, keputusannya 2 - 1?


Pensyarah Sains Politik dari Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat, Bridget Welsh menjangkakan 2-1 dalam pilihan raya yang akan berlangsung esok.

Welsh, pakar dalam politik Asia Tenggara, memberikan Pakatan Rakyat dua iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan memberikan BN satu iaitu Batang Ai.

"Saya rasa pembangkang akan menang di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan BN akan menang Batang Ai," kata beliau kepada Siasah.

Penganalisa politik Ong Kian Ming dalam tulisannya di Malaysiakini pula menjangkakan PAS akan menang dengan majoriti 3,000 undi di Bukit Gantang dan sebelum ini dia menjangkakan PKR akan menang dengan majoriti 1,500 undi di Bukit Selambau.

Zulkifli Sulong, kolumnis Malaysiainsider pula menjangkakan PAS akan menang 2,000 ke 3,000 undi di Bukit Gantang walaupun para penjudi di sana menjangkakan PAS akan menang sehingga 5,000 undi di situ.

No comments

Powered by Blogger.