Harapan terhadap bakal pimpinan PAS yang baru

Pena_Mas writes " Tidak lama lagi semua ahli Pas akan menyaksikan berlangsungnya Muktamar Agung Pas di Selangor. Sekarang sedang berlangsungnya mesyuarat2 di peringkat cawangan bagi memilih pemimpin yang dirasakan bersesuaian untuk menerajui kepimpinan PAS yang baru Pasca Pilihan Raya ke 12.

Harus diketahui bahawa pemilihan pada kali ini adalah berbeza daripada muktamar yang lepas kerana PAS sekarang merupakan anggota di dalam Pakatan Rakyat dan tampuk pemimpin yang baru haruslah mampu untuk merencana dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat sekiranya PAS ingin memimpin negara satu hari nanti.


Umum telah mengetahui isu timbulnya kem-kem dan puak-puak di dalam PAS harus dikesampingkan memandangkan ia sebenarnya tidak menggambarkan keadaan dalaman parti yang sebenar tetapi mereka yang terpedaya dan percaya hanyalah setelah digembar-gemburkan dan disensasikan oleh media dakyah UMNO. Seharusnya ahli PAS sekarang perlu berada dalam kondisi yang neutral dan menguatkan azam dan matlamat perjuangan PAS yang sebenar dan barulah boleh memilih dengan telus dan bijaksana.

Bercerita mengenai calon2 yang bersesuaian, hanya mereka yang terlibat dalam jemaah PAS sahaja yang mengetahui 'track record' calon2, keterlibatan mereka,iltizam mereka, semangat,sahsiah dan hubungan serta tujuan mereka di dalam parti dan kita sebagai orang luar tidak mampu untuk membuat pilihan yang sebenar sekadar andaian sahaja.Walaubagaimanapun senario pasca pilihanraya ini telah banyak melahirkan dan mengetengahkan muka-muka baru dan komitmen yang membanggakan kepada mereka yang aktif sama ada di dalam PAS atau Pakatan Rakyat. Perlu diingatkan bahawa mereka perlulah mempunyai pendidikan, integriti dan komitmen yang tinggi memandangkan mereka akan menerajui kementerian dan jawatan2 yang tinggi sekiranya PR berjaya membentuk kerajaan satu hari nanti.

Sebagaimana kata Tok Guru, kepada mereka yang dirasakan diri sendiri adalah layak, silalah bertanding.Di sini sekiranya dilihat secara mendalam, tuan guru inginkan seseorang yang layak dari semua aspek-individu itu sendiri perlu bersih,disenangi oleh umum dan haruslah ikhlas dalam perjuangan PAS yang sebenar.Yang paling penting rakyat mahukan mereka yang mempunyai wajah, kredibiliti dan corak kepimpimpinan yang benar-benar berlainan dan tidak mempunyai sebarang tempias daripada unsur2 pemimpin UMNO.

Bagi saya yang merupakan rakyat marhaen biasa, hanya mengharapkan kepimpinan yang baru nanti mewakili suara rakyat dan mampu merancang hala tuju PAS yang lebih konsisten dan hendaklah seiring dengan senario politik semasa"

No comments

Powered by Blogger.