Hassan Ali, Ismail Kamus bincang 'Cinta luar biasa' esok

Jangan ketinggalan untuk mendengar buah fikiran dan pandangan tokoh agama dan pemimpin berkaitan 'Cinta Luar Biasa' yang menjadi tajuk utama Forum Hal-Ehwal Islam di Gombak esok.

Antara panelis yang tidak asing lagi, bagi merungkai topik menarik ini ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Ali, Dato' Ismail Kamus, Ustaz Solehin Muhyi dan Ustaz Zulkarnain.

Forum terbabit akan diadakan di Dataran Masjid Zakaria, Batu 9, Gombak dan dimulakan pada jam 9.00 malam.

Kata seorang jurucakap kepada penganjur program, beliau berharap penduduk sekitar Lembah Kelang dapat hadir beramai-ramai ke majlis dan forum tersebut bagi mendapat input dan tips-tips yang baik, bagi seorang muslim untuk memperbaiki sahsiah perbadi diri di samping mendapat maklumat berhubung isu-isu semasa berkaitan agama. -

No comments

Powered by Blogger.