hebat umno!! 5000 hadiri ceramah zambry dan ezam semalam!
Mendengar perkataan Ceramah Mega, pasti kita akan berfikir bahawa lautan manusia pasti membanjiri program itu. Tapi yang lawaknya ceramah mega BN bersama Menteri Besar Haram Perak, Zambry Abdul Khadir dan Pengkhianat Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Nor di Changkat Jering, Bukit Gantang malam tadi hanya dihadiri 400 orang sahaja.
Jimadie Shah Othman, Wartawan Malaysiakini yang membuat liputan melaporkan,
“Ceramah BN itu yang dihadiri kira-kira 400 penduduk – kebanyakannya wanita dan orang tua”
Mana orang muda pergi? semua orang tahu, orang muda lebih suka dengar ceramah Pakatan Rakyat yang lebih bertenaga dan berfakta.
Zambry sibuk cerita pasal hal ehwal keropok dan batik yang kononnya diedarkan oleh Pas kepada pengundi. Lawak sungguh, mana dia dapat maklumat tu. Kalau dia ada bukti, pi la lapor kat SPRM.
Selain itu dia juga pertikai jawatan yang Nizar tulis dalam Borang Pencalon iaitu ADUN Pasir Panjang. Apa salahnya dia tak tulis Jawatannya sebagai MB. Itu hak dia. Nizar ada banyak jawatan dalam Kerajaan dan Parti. Dia guna mana-mana jawatan pun boleh sebab SPR tak wajibkan dia tulis jawatan MB kat situ.
Pasal isu Masjid Simpang, dia tak banyak sebut sebab takut nanti penduduk suruh dia jadi imam dan baca Khubah hari jumaat nanti.
Ezam pula merapu pasal barisan baru kepimpinan Umno yang dikepalai Najib Razak yang disifatkannya sebagai kumpulan pilihan Anwar Ibrahim sewaktu beliau belum dipecat pada 1998.
Ni sah memang takda modal. Ini kempen Pilihanraya Parlimen Bukit Gantang bukan Perhimpunan Agung Umno.
Kalau beginilah cara dan isu mereka nak ceramah baik rakyat balik rumah tidur awal.
maaf: wartwa utusan yang tolong kira..

No comments
Post a Comment