JAMIL KHIR GAGAL PADA TUGASAN PERTAMA SEBAGAI MENTERI AGAMA! MACAM MCA LAK PEGANG MENTERI AGAMA!

Penentuan status perlu ikut hukum, perundangan

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan isu berkaitan penentuan status agama anak apabila ibu atau bapa memeluk agama Islam perlu dilihat dari aspek hukum syarak dan perundangan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata mengikut Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan, agama seseorang di bawah 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya.

"Berdasarkan peruntukan itu, persetujuan salah satu pihak saja adalah memadai dalam penentuan agama seseorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4) itu adalah `parent or guardian' bukan `parents or guardian' yang mana ia bermaksud `ibu atau bapa atau penjaga," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini lewat petang semalam.

Katanya, mengikut Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993, seseorang kanak-kanak yang belum mencapai usia 18 tahun boleh memeluk Islam jika ibu atau bapa atau penjaga mengizinkan.

Katanya, antara kes yang boleh dirujuk berkenaan hak penentuan agama anak ialah kes Subashini Rajasingam lawan Saravanan Thangathoray yang mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa bapa kanak-kanak itu mempunyai kuasa mengislamkan anaknya berdasarkan perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

"Ini adalah kerana berdasarkan kepada Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan, agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan ibu atau bapa atau penjaganya.

"Oleh itu, dalam kes ini suami adalah berhak mengislamkan anaknya walaupun isterinya tidak bersetuju dengan pengislaman anaknya itu," katanya.

Wan Mohamad berkata, mengikut hukum syarak pula, mereka yang berhak menjaga dan memelihara anak mesti seorang Islam kerana jika yang menjaga itu bukan Islam, dikhuatiri akan memberi fitnah kepada agama kanak-kanak di bawah jagaannya.

"Hak seorang mualaf di sisi undang-undang juga perlu dipertahankan. Kita tidak sewajarnya menganggap seseorang yang memeluk Islam itu bertujuan untuk melarikan diri daripada tanggungjawab," katanya.

Mengenai kes Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Perak yang menuntut hak penjagaan tiga anaknya, beliau berkata, Jakim berpendapat bahawa semua pihak perlu bersabar dan menghormati keputusan kes itu kerana perbicaraan belum selesai.

"Semua pihak juga seharusnya mematuhi peruntukan undang-undang Islam dan Perlembagaan Persekutuan khususnya, kerana ia adalah undang-undang utama Persekutuan," katanya.

Akhbar semalam memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, sebagai berkata, kerajaan memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Nazri berkata, keputusan itu yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet Rabu lalu adalah langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa menukar agama.

No comments

Powered by Blogger.