KITA BUKAN MEMERANGI UMNO SAHAJA! (Siri 1)


Saya tertarik apabila mendengar beberapa mulut celupar UMNO yang berkata “PAS bergabung dengan kafir, dan memerangi orang Islam sendiri”…. Oleh itu, saya sudi untuk memberi sedikit kefahaman yang saya ada walaupun sedikit, supaya kita sama-sama berfikir tentang hakikatnya. Di dalam Buku Bahtera Penyelamat karangan Ustaz Fathi Yakan, telah memperincikan segalanya.

Perlu diingat, Ustaz Fathi Yakan bukanlah orang PAS, atau Keadilan, tetapi, beliau adalah seorang berbangsa Mesir, yang hebat dalam penulisan. Di dalam buku tersebut, telah disenaraikan sebanyak 5 golongan yang menjadi musuh orang Islam, atau musuh bagi orang yang beriman. Siapakah mereka?

1. Orang yang beriman, dan dengki kepadanya

Nabi Muhammad SAW bersabda

Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur. Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (apa yang saya maksudkan) ialah mengikis Agama (al Baihaqi)

Petikan “telah menular kepada kamu”,.. menunjukkan bahawa musuh tersebut dari kalangan kamu, iaitu yang mengaku beriman. Tetapi, mereka dengki, sombong dan busuk hati kepada kamu. Siapakah golongan ini hari ini? Fikirlah sendiri.

2. Orang Munafik yang benci kepadanya

Nabi Muhammad SAW bersabda

Ada tiga sifat; siapa yang memilikinya, maka ia adalah munafiq walaupun ia berpuasa, solat, haji, mengerjakan umrah dan mengaku sebagai seorang muslim. Iaitu orang-orang yang berdusta apabila berkata, mungkir apabila berjanji, dan mengkhianati amanah (Abu Ya’la)

Golongan munafik ialah mereka yang solat, haji dan sebagainya, tetapi apabila berkata, mereka berdusta.. apabila berjanji.. mereka mungkiri, dan yang paling jelas ialah mengkhianati amanah. Siapakah golongan kedua ini. Fikirlah sendiri.

3. Orang Kafir yang memeranginya

Allah SWT berfirman

Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir menyusun tipudaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu… (Surah al Anfal : 30)

Hari ini, orang yang mengatakan dia mukmin, memenjarakan orang mukmin yang lain. Memenjarakan dan memburuk-burukkan orang mukmin yang lain. Siapakah mereka? Fikirlah sendiri.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments

Powered by Blogger.