K'jaan S'gor kekalkan jawatan Eli

Kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk mengekalkan jawatan Elizabeth Wong sebagai exco kerajaan negeri dan ADUN Bukit Lanjan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika beliau menerima tawaran itu, Elizabeth diminta kembali daripada cuti dan meneruskan perkhidmatannya mulai esok

Katanya, keputusan itu wajar dan adil setelah mengambil pandangan semua pihak dan siasatan polis berhubung kes berkenaand juga gagal membuat keputusan yang muktamad.

Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada Sultan Selangor kerana membuat keputusan tidak campur tangan dalam politik dan memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas dibincangkan dalam mesyuarat exco pagi ini.

Katanya, Pakatan Rakyat memandang serius isu moral dan privasi.

Sehubungan itu, katanya, Pakatan akan memastikan kepimpinannya menjunjung prinsip itu.

"Jika ada bukti-bukti kukuh, kita tidak akan beragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Namun demikian pendirian ini juga harus diimbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseoarang.

"Dan kerajaan negeri amat serius mempertahankan hak ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabat hari ini.

Khalid berkata, beliau telah memaklumkan keputusan exco kepada Sultan Selangor pagi ini.

Ditanya sama ada beliau berhubung dengan Elizabeth dan sama ada ADUN Bukit Lanjan ada memberi tanda-tanda akan menerima tawaran tersebut, Khalid berkata;

"Beliau perlu menerima tawaran tersebut sebelum esok," katanya sambil menambah: "Anda datanglah esok".

Ditanya sama ada ianya keputusan exco kerajaan negeri atau PKR negeri, Khalid menegaskan bahawa ia adalah keputusan kerajaan negeri.

Ditanya keputusan ini bermakna kerajaan negeri tidak menganggapnya sebagai satu isu moral, Khalid berkata: "Iya, isu moral, tetapi tidak ada kenyataan yang paling sahih. Seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan.

Ditanya mengapa keputusan ini berbeza dengan kes yang berlaku di Pulau Pinang yang membabitkan ADUN PKR penanti, Mohammad Fairus Khairuddin yang meletak jawatan walaupun masih dalam siasatan.

Khalid berkata perkara itu berbeza kerana Fairus meletakkan jawatan secara sukarela.

"Elizabeth juga turut menawarkan diri untuk meletak jawatan, jadi kita melihatnya sebagai mangsa dan menawarkan (jawatannya) kembali," katanya.

Berita lanjut menyusul

No comments

Powered by Blogger.