Komponen BN Kedah mungkin bubar ?
Seramai 2000 bekas ahli People’s Progressive Party (PPP) cawangan Bukit Selambau akan menyerahkan borang keahlian Kepada KeADILan dan seterusnya menutup sebelas bahagian cawangannya di sini.Kesemua borang keahlian ini akan diserahkan kepada Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim dalam majlis ceramah beliau di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang, Sungai Petani pada jam 8 malam esok.Acara meriah ini dijangakan akan menyemarakkan semangat penyokong dan pengundi atas pagar serta menawan kembali 1,600 kertas undi yang rosak pada pilihanraya ke-12 tahun lalu akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.“Mereka harus menyatakan sokongan kepada Pekatan Rakyat jika mahu suara mereka didengar di Dewan Undangan Negeri Kedah ini dan tindakan bijak untuk memihak kepada Pakatan Rakyat kerana negeri ini ditadbir oleh Pakatan Rakyat,” kata Pengarah Pilihanraya Dun N25 Bukit Selambau Saiful Izham Ramli kepada Suara Keadilan.
“Sokongan tidak berbelah bagi oleh pengundi dan keahlian baru KeADILan di Bukit Selambau ini akan meningkat peratusan yang baik dan menggalakan kepada Pakatan Raykat,” kata Saiful lagi.“Slogan yang dibawa BN ‘Mohon Restu Rakyat’ telah dijadikan bahan tertawa penduduk Bukit Selambau bila isu kes pembunuhan wanita Monggolia dan rasuah politik wang sesama mereka seperti kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno dan kekalahan Mukhris Mahathir dalam pemilihan majlis tertinggi Umno akibat politik wang dan ketidaktelusan pemimpin BN dalam menangani rasuah,” jelas Saiful.





(1).png)

No comments
Post a Comment