Laporan tak rasmi: Nizar menang dengan majoriti 3,022 undi
TERKINI: Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki melaporkan sebenatar tadi calon PAS, Nizar Jamaluddin menang di Bukit Gantang dengan majoriti 3,283 undi.
Laporan sebentar tadi
Keputusan tidak rasmi, calon PAS, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin dipercayai telah memenangi pilihan raya kecil kawasan Bukit Gantang dengan majoriti 3,022 undi, lapor G Manimaran dari mSTAR.Online.
Mohd Nizar memperolehi 18,891 undi. Sementara calon Barisan Nasional (BN) mendapat 15,859 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 51 undi. Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu.
Pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, calon PAS memperoleh 20,015 undi menewaskan calon Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449 manakala M Mogan (Bebas) memperoleh 882 undi.
Calon PAS menang dengan majoriti 1556 undi. Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata beliau yakin pihaknya akan memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya kali ini.
No comments
Post a Comment