Mahathir akan ditelan gelombang amarah rakyat
Walaupun kemunculan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah menyatakan hasratnya untuk kembali kepada Umno di tengah-tengah kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau, ia tidak sedikitpun mampu menyekat gelombang kebangkitan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
Iklan
Naib Presiden KeADILan, Mustaffa Kamil Ayub berpendapat dalam usaha meraih sokongan pengundi terutama golongan luar bandar, BN akan mengetengahkan Mahathir sebagai tokoh yang masih diingati oleh rakyat.
"Kehadirannya tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat terutama PAS sebagai calon yang bertanding dalam pilihan raya tersebut. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi terdapat di kalangan pengundi yang sebelum ini merupakan ahli BN kini telah beralih kepada PAS dan KeADILan.
"Rakyat mula melihat kesan di sebalik pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan sebelum ini. Perubahan rakyat terhadap Pakatan Rakyat itu tidak dapat dibendung walaupun terdapat cubaan untuk mengetengahkan Mahathir berkempen di Bukit Gantang," katanya sewaktu dihubungi.
Dalam pada itu, Mustaffa Kamil menegaskan, berdasarkan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini iaitu pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, rakyat semakin bijak dalam membuat penilaian.
"Walaupun Mahathir memainkan peranan di sebalik Najib, saya yakin kecerdikan rakyat Malaysia terhadap politik yang bersih daripada rasuah merupakan satu gelombang yang telah terbina hari ini.
"Sebab itu kita lihat pada poster-poster BN tertulis 'kami mohon restu rakyat'. Ini menunjukkan sebenarnya mereka mulai akur dengan mood yang ditunjukkan rakyat hari ini,"katanya.
Sehubungan itu katanya, sekiranya terdapat cubaan Najib untuk mengetengahkan Mahathir bagi menarik sokongan rakyat, ia tidak akan memberi apa-apa kesan yang signifikan terhadap rakyat.
Anggota Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Mahathir menyatakan bekas Presiden Umno itu akan menghadiri Perhimpunan Rakyat di padang Institut Kemahiran MARA sebelum pemilih mengundi hari ini.
Katanya, kehadiran Dr Mahathir dijangka dapat menarik semula sokongan pemilih terutamanya pengundi atas pagar untuk menyokong semula BN.

No comments
Post a Comment