MAHATHIR BIDAS MEDIA ASING


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas gerakan terancang media-media Barat yang memburuk-burukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, termasuk mengaitkannya dengan amalan rasuah dan kes pembunuhan.

Menerusi blognya, chedet, Mahathir turut menyebut bagaimana seorang penulis Australia menganggap Malaysia sebuah negara ‘pariah’. Mahathir percaya semua usaha memburuk-burukkan yang dilakukan oleh banyak pihak pada masa yang sama itu bukanlah satu kebetulan.

Media-media asing itu juga mendakwa Najib akan menghidupkan semula ‘Mahathirism’, tulis Mahathir.

"Media-media asing itu mempunyai agendanya sendiri dan sahabat-sahabat mereka di Malaysia akan terus membekalkan mereka dengan cerita-cerita anti-Najib."

Mantan Perdana Menteri itu turut mengingatkan Najib bahawa dia akan mendengar lebih banyak cerita-cerita buruk seperti itu.

“Bagaimanapun (pada penghujungnya) apa yang penting ialah apa yang difikirkan oleh rakyat Malaysia. Kepada merekalah Najib harus membersihkan namanya,” tulis beliau lagi.

No comments

Powered by Blogger.