maruah dan semangat UMNO dah hancur!

TAIPING (8 April): Kemenangan Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin bagi kerusi Parlimen P059 Bukit Gantang dengan majoriti yang meningkat hampir sekali ganda daripada PRU12 lepas menunjukkan rakyat telah muak dan cuak dengan politik Umno

Nizar memperolehi majoriti 2,789 undi sekali gus menutup mulut Umno/BN yang kerap kali celupar merendah-rendahkan Nizar maupun calon Pas. Mungkin Dr Zambry AK berkata diapun boleh buat atau boleh menang jika dicalonkan menentang Nizar. Itulah keistimewaan Umno/BN yang tidak pernah cuba mengakui kekalahan dan kelemahan diri.

Umno tentunya membelanjakan jutaan ringgit dalam usaha mengalahkan Nizar dengan meletakkan ayam tambatan terbaiknya, Ismail Saffian. Pelbagai janji manis ditabur tetapi akhirnya tersungkur… tersungkur dengan jumlah undi pada Nizar bertambah.

Perjuangan Umno/BN yang kerapkali bertukar arah dan bersifat adhoc keputusannya akan menjadi semakin tidak relevan pada rakyat Malaysia. Umno akan terpupus dengan sendirinya. Sementara itu peranan Nizar akan bertambah dan karier politiknya akan bertambah cerah.

Kemenangan Nizar cetuskan inspirasi baru kepada Pas dan Pakatan Rakyat. Ia juga ukuran bahawa rakyat mempercayai ketelusan dan keikhlasan perjuangan Nizar dan Pas.

No comments

Powered by Blogger.