Menteri Belia gunakan pelajar IKBN dan agensi Kerajaan kempen diBukit Gantang
Menteri Belia dan Sukan, Ismail Sabri telah mempergunakan sepenuh kuasanya bagi berkempen di Bukit Gantang. Beberapa Pelajar Institut Kemahiran belia Negara berserta Jentera Rakan Muda dikerah ke Kg. Larut Tin, Bukit Gantang bagi mengadakan mini karnival sempena Majlis Pelancaran Program Perantis Peringkat Kebangsaan 2009.
Antara pelajar IKBN yang turut serta adalah dari kawasan Jitra, Kuala Perlis, Alor Gajah dan Peretak.
Padang Awam Kg. Larut Tin dipenuhi dengan Pelajar-Pelajar IKBN yang dibawa oleh bas-bas milik Kerajaan.
Umno-BN menggunakan program ini untuk menarik sokongan generasi muda, namun ianya tanpa gagal kerana banyak kerusi-kerusi yang disediakan penganjur kosong kerana orang-orang Kampun tidak berminat menghadiri Karnival ini.
No comments
Post a Comment