Najib Arah Media Tutup Isu Kemelut Politik BN Terengganu
(Buletin Online) - Peralihan kuasa pemimpin tertinggi negara ternyata tidak mengubah sikap dan tindakan mereka yang menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan media.
Slogan ‘membawa perubahan’ pemerintahan kepada yang lebih baik sebagaimana diuar-uarkan sebaik sahaja peralihan kuasa dari Tun Abdullah Badawi kepada Dato’ Seri Najib Razak, hanyalah satu retorik semata-mata.
Kemelut politik UMNO dan Barisan Naisonal (BN) Terengganu ternyata menjadi satu liabiliti kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dan menambah ‘kejelikan’ wajah parti pemerintah itu.
‘Saga’ krisis dalaman yang diwarisi dari kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi adalah antara kegagalan Najib membuktikan kecemerlangan beliau diperingkat awal pemerintahannya. (Gambar - Ahmad Said dirakam meninggalkan Putrajaya)
Beberapa petugas agensi media nasional memberitahu Buletinonline disini, mereka tidak dibenarkan lagi membuat liputan dan sebarang ulasan berkaitan ‘10 budak hitam’, ADUN BN yang mengisytiharkan perang dengan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said.
Salah seorang dari mereka berkata, Najib telah mengeluarkan arahan kepada ketua-ketua mereka di ibu negara, kelmarin.
“Isu ini tak boleh buat liputan lagi, Najib dah tutup, dia arah bos-bos di KL supaya hentikan isu 10 budak hitam,”katanya ketika ditemui, disini.
Selepas perjumpaan kedua-dua pemimpin UMNO Terengganu, Ahmad Said dan Idris dengan Najib pada 16 April, Khamis lalu, isu kemelut politik Terengganu menjadi ‘misteri’.
Kedua-dua Ahmad dan Idris tidak membuat sebarang kenyataan dan mengelak dari bertemu dengan pihak media.
Kira-kira 30 wartawan menunggu-nunggu Ahmad di tingkat bawah Pejabat Perdana Menteri kerana kereta rasmi Mercedes-Benz yang dinaiki Menteri Besar itu diletakkan di situ.
Namun usaha untuk mendapat ulasan hampa apabila Ahmad dapat melepasi kumpulan wartawan apabila menaiki kereta di pintu lain pada jam 1.10 petang.
Sehingga kini, apabila dihubungi media, Ahmad enggan memberikan sebarang komen.
Beberapa rakan media juga berusaha menghubungi Setiausaha akhbar beliau namun jawapan yang diberikan sama dengan dengan Ahmad, enggan memberi sebarang komen.
Sumber-sumber lain memberitahu, Najib telah memberi kata dua kepada Ahmad, sekiranya Ahmad gagal menyelesaikan masalah-masalah yang ditimbulkan oleh ‘10 budak hitam’ ADUN BN yang memboikot sidang DUN, Ahmad akan diminta melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.
Namun begitu, khabar yang sedang bertiup kencang di Putrajaya menyatakan, Terengganu bakal mendapat seorang Menteri Besar baru dalam masa sebulan dua lagi.
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada hujung minggu ini dikatakan akan memutuskan untuk menggantikan Ahmad dengan seseorang lain, sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.

No comments
Post a Comment