NAJIB GADAI MELAYU UNTUK DAPAT UNDI CINA?


Dek kerana gila sangat nak dapatkan balik undi cina, maka najib pun kini sudah jadi cina... mula-mula dia hapuskan Kementerian Usahawan dan Koperasi, yang selama berberapa tahun membantu peniaga kecil melayu untuk menjadi bisnes man. lepas tu najib buat hal lagi dengan menghapuskan kuota 30 ekuiti tempatan (bumiputra) dalam 27 subsektor perkhidmatan. apa yang najib nak buat pada orang melayu ni, dalam masa tak sampai sebulan pemerintahan najib, aku tak nampak ape-ape pun tindakan najib yang dia buat untuk memperkasakan ekonomi orang melayu.

sebenarnya penghapusan kuota 30 peratus ekuiti tempatan (bumiputra) ini telah lama di perjuangkan oleh proxi DAP dalam BN iaitu MCA, memang MCA kurang senang dengan adanya syarat 30 peratus kuota ini, allhamdullilah MCA berjaya juga akhirnya. patut la aku tengok sekarang ni MCA dah slow sikit tekan najib walau pun permintaan MCA untuk dapat lebih jawatan dalam kabinet tapi najib kurangkan, rupanya najib dah tunaikan permintaan MCA yang sekian lama di idamkan oleh MCA iaitu penghapusan 30 peratus kuota bumiputra.

adakah dengan mengikut telunjuk MCA najib yakin orang cina akan kembali kepada BN? katakan lah sekiranya penghapusan kuota itu masih lagi tidak menarik minat orang cina untuk megundi BN akan banyakkah lagi hak-hak orang melayu akan najib gadaikan?

http://darulehsantoday.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.