najib minta usahawan bumiputera 1malaysia jangan gelisah!

Najib minta usahawan Bumiputera usah gusar

JAKARTA: Datuk Seri Najib Razak menegaskan tiada sebab usahawan Bumiputera gusar dengan keputusan kerajaan membuka pasaran 27 sektor kecil perkhidmatan.

Perdana Menteri berkata, ini kerana langkah sedemikian sudah dilaksanakan di banyak negara lain seperti Indonesia dan Thailand yang menyaksikan usahawan di negara terbabit mampu bersaing di pasaran terbuka.

"Saya lihat Bumiputera ada kemampuan bersaing dengan orang lain... saya tidak bimbang (perusahaan) mereka akan pupus atau kalah dalam pertandingan (pasaran) sebab negara lain pun sudah terbuka sektor perkhidmatannya.

"(Pasaran) Indonesia pun sudah terbuka... adakah orang kita tak boleh bersaing sedangkan orang Indonesia boleh... apa yang salahnya dengan orang kita," katanya.

Bercakap pada sidang media bersama wartawan Malaysia sempena lawatan rasminya ke Indonesia, di sini semalam, Najib berkata, keputusan membuka pasaran 27 sektor kecil perkhidmatan itu dibuat selepas perbincangan dengan semua pihak berkaitan.


kahkahkahkah....najib tolong melayu....kahkahkah...1malaysia rosmah punya..kahkahkah...jangan risau orang umno..kahkahkah...

No comments

Powered by Blogger.