Nizar terus popular

SELAYANG,20 April: Selepas menang pilihan raya kecil Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menjadi tokoh popular dalam PAS.

(Gambar atas: Para perwakilan mengangkat tangan apabila nama Nizar dicalonkan)

Empat dari lima PAS Kawasan yang mencalonkan pimpinan PAS, mencalonkan beliau sebagai naib presiden PAS.

Terbaru adalah PAS Kawasan Selayang dalam mesyuarat agung mereka Sabtu lepas.

Dalam mesyuarat agung itu, beliau mendapat pencalonan tertinggi berbanding Nasharudin Mat Isa yang turut dicalon untuk jawatan itu bersama Datuk Husam Musa.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicalonkan sebagai presiden, Datuk Dr Haron Din menang pencalonan untuk timbalan presiden mengalah Husam dengan 20 undi dari kira-kira 250 perwakilan yang hadir.

Ketika membahaskan usul pula, usul AJK PAS kawasan agar presiden PAS memberikan penjelasan tentang kerajaan perpaduan ditolak oleh perwakilan selepas dibahaskan.

Manakala usul tentang siber cafe mendapat perbahasan hangat perwakilan ekoran ia disalahgunakan untuk kegiatan tidak baik di kalangan pengusahanya.

Perwakilan meminta kerajaan negeri Selangor mengawalnya dengan ketat agar ia tidak disalahgunakan untuk maksiat dan perjudian.

No comments

Powered by Blogger.