Pas persoal 10 Adun BN tidak hadir sidang DUN

KUALA TERENGGANU: Kehilangan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) pada hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), menarik perhatian wakil rakyat Pas

yang bertanya mengapa penyokong kerajaan yang tidak hadir, pagi ini.

Tengku Hassan Omar (Ladang-Pas) yang bangun bertanya Yang Dipertua, Datuk Tengku Putera Awang, kenapa ramai penyokong kerajaan yang tidak datang.

Tengku Putra menjelaskan beliau juga tidak tahu kenapa ramai wakil rakyat BN yang tidak hadir hari ini.

"Bila saya masuk dewan (pagi) tadi, saya dapati banyak kerusi yang kosong, saya akan tanya kepada YB (Yang Berhormat) berkenaan nanti," katanya bagi menjelaskan bahawa beliau tidak dimaklumkan kenapa 10 Adun berkenaan tidak hadir.

Ketidakhadiran Adun BN berkenaan dikaitkan dengan sistem pesanan ringkas (SMS) ancaman yang dihantar kepada tiga mereka awal pagi tadi.

Ia dipercayai berkaitan dengan khabar angin akan ada undi tidak percaya terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dalam sidang dewan hari ini atau esok.

No comments

Powered by Blogger.