Penerbangan Malaysia: Arak & Seksi...jamil khir&mashitah.....jangan jadi menteri yang penakut dan pengecut!

Air Asia sememangnya syarikat penerbangan tambang murah Malaysia dengan trade marknya everyone can fly .

Sungguh begitu , pengalaman saya menaiki Air Asia ini cukup tidak menyenangkan saya . Tambah pula penerbangan yang mengambil masa panjang lebih dari 12 jam .

Bukanlah saya nak komen pasal kualiti kapal terbang . Oleh kerana tambangnya murah , standardlah kualiti dan layanan begitu . Saya terima seadanya walaupun agak terkejut juga saya apabila minta air milo segelas kecil [ plastik ] harganya RM 4 . Kita orang yang tak banyak duit ni , duduk diam sahaja menunggu saat tiba ke destinasi . Lepas tidur bangun , lepas bangun tidur balik . Sesekali membaca dan menulis untuk melengkapkan waktu 12 jam lebih perjalanan .

Seksi

Komen saya di sini ialah masaalah pakaian pramugari Air Asia tu ! kalau ia pun tambang murah , tak kanlah sampai tak mampu nak beli tudung dan kain labuh sikit bagi menutup aurat pramugari . Sudahlah tidak bertudung , ketat dan singkat pula . [ Saudara yang belum pernah naik air asia boleh search dalam google untuk tengok bagaimana pakaian pramugarinya , tak payah lah saya postkan kat sini .]

Mereka yang biasa naik kapal terbang pasti sahaja tahu , pramugari ni bukan boleh duduk diam dalam kapal terbang tu . Dalam tempoh 12 jam 'terperangkap' kat situ saya ingat lebih 20 kali pramugari tu lalu dan melintas di depan saya .

Tidakkah seksa kita melihat pakaian pramugari yang seksi begitu . Ya ! Allah , pandang kanan pramugari , pandang kiri pramugari . Hanya sesekali pramugara melintas . Kita nak bergerak ke arah lain tidak bebas . Terasa macam kena gari dan kita bukan macam pramugari boleh pergi ke sana ke mari dalam kapal terbang tu .

Peliknya , pakaian pramugaranya elok pula boleh menutup aurat malah kemas dan lengkap berpakaian serba hitam berbanding pramugari yang berpakaian garang serba merah , ketat sendat dan singkat . Sudahlah sendat , semua pramugari membuka zip baju mereka ke paras separuh dada . Saya jangka mereka tidak boleh zip sebab baju mereka terlalu ketat dan kecil . Skirt pula hanya antara punggung dan paha . Lebih malang skirt yang sebegitu singkat pun dibelah lagi .

Ya Allah , sukarnya keadaan dan 12 jam perjalanan terasa macam 5 hari . Bila lah nak mendarat ?

Arak

Bertambah parah apabila penerbangan saya baru - baru ni dipenuhi dengan arak . Kiri kanan dan depan belakang penumpang air asia minum arak . Sekian lama saya di darat , agak sukar juga saya nak bertemu dengan orang minum arak kalau tidak ke kawasan bar dan kelab malam . Orang macam kita ni , bila lah nak menjengah ke kawasan sebegitu . Pendek kata memang payah nak tengok orang minum dan jual arak , tapi atas air asia , arak begitu mudah sehingga membuak dan merebak baunya ke seluruh ruang kapal terbang .

Kelihatan juga beberapa pasangan yang sudah mula mabuk dengan arak . Tidurnya membungkang tanpa menghiraukan penumpang yang lain . Rasa tidak selamat pula dalam suasana seperti itu . Ya .. lah , kalau dah mabuk pelbagai kemungkinan boleh berlaku ! Peliknya pihak pengurusan air asia tidak terlintas ke dalam kepala otak mereka kemungkinan yang sebegini ? atau hanya saya di serang rasa bimbang yang tidak bertempat ?

Entah lah , pada saya kalau sudah mabuk arak dan arak adalah ibu kepada segala maksiat , maka apa sahaja kemungkinan boleh berlaku . Begitulah biasanya penangan orang yang hilang aqal dan kewarasan . Tapi mereka ni boleh hujjah balik , bahawa selama ini tidak ada apa - apa pun yang berlaku ? habis tu .... nak tunggu sudah berlaku baru nak bertindak ?

Agaknya apalah yang sedang di fikirkan oleh Menteri yang jaga agama Kol. Mohd jamil Khir , Dr. Mashitah dan lain - lain ? Kalau nak harapkan Datuk Seri Najib , ermm , harap ada percaya tiada !!

Demikianlah hidup tanpa agama , sistem tanpa syariat dan negara tanpa petunjuk .

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.