Penghantar SMS ugutan kepada ADUN sedang dikenal pasti

KUALA TERENGGANU 14 April — Polis sedang mengenal pasti individu yang menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ugutan kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Beliau berkata, kes itu akan diberi keutamaan dan pihaknya akan menyelesaikannya secepat mungkin kerana ia melibatkan pucuk pimpinan negeri dan orang kenamaan.

“Perkara ini terlalu awal untuk diulas. Saya tidak boleh komen lagi kerana kes ini masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. - Bernam

No comments

Powered by Blogger.