polis tembak gas pemedih sampai pelajar jadi buta?

Rusuhan bola sepak Kelantan, pelajar buta sebelah mata

KOTA BHARU: Seorang pelajar buta sebelah mata selepas terkena serpihan objek daripada gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di luar Stadium Sultan Muhammed IV di sini, malam Selasa lalu.

Ketika kejadian, Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18, dari Kampung Pasir Tok Kambing, Kedai Lalat di sini, sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman milik sepupunya, Abdul Rahman Hussein.

Mata kanan Muhammad Huzaifah, pelajar jurusan Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa, di sini, gagal dipulihkan walaupun menjalani pembedahan lebih empat jam di Hospital Raja Perempuan Zainab II, sejurus selepas kejadian.

Menceritakan detik kejadian, Muhammad Huzaifah berkata, kejadian itu berlaku ketika beliau sedang membantu sepupunya mengemas barang di gerai yang terletak 100 meter dari stadium, dan bersiap untuk pulang.

"Tiba-tiba saya tengok keadaan jadi kecoh dan orang ramai berlari sambil terdengar polis memberi arahan supaya bersurai. Saya berpaling ke arah anggota polis berkenaan yang kebetulan melepaskan gas pemedih mata ke arah saya, tanpa sempat saya mengelak, objek itu terkena mata kanan saya," katanya di hospital berkenaan, hari ini.

Abdul Rahman pula berkata, beliau sempat tunduk apabila gas pemedih mata itu dilepaskan yang terkena Muhammad Huzaifah dan beliau melihat darah keluar dari mata kanannya sambil menjerit kesakitan.

"Saya dan beberapa orang lagi terpaksa memapah beliau ke hospital yang letaknya tidak jauh dari tempat berkenaan," katanya.


pandai ke tak polis tu? ke tak biase guna?

Ibu Muhammad Huzaifah, Kamariah Hussein, 60, berkata apa yang berlaku sangat menyedihkan beliau sekeluarga tambahan pula suaminya, Mohd Noor Abdul Rahman, 72, baru tiga hari dibenarkan keluar daripada hospital kerana sakit jantung.

Menurut Kamariah, laporan polis sudah dibuat pada malam kejadian dan keluarganya turut menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.

Semalam, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi pada sidang medianya berhubung kejadian rusuhan itu, mengesahkan seorang remaja berusia 18 tahun cedera selepas terkena gas pemedih mata. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.