Projek NCER diubah suai...tender pun ubah jugak ker?

Input baru seiring konsep 1Malaysia, tepati keperluan rakyat

GEORGETOWN: Kerajaan akan melakukan pengubahsuaian terhadap projek yang dirancang dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bagi memastikan ia benar-benar menepati keperluan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata walaupun projek berjalan mengikut jadual, tetapi input baru wajar diberikan supaya seiring konsep 1Malaysia, Rakyat Didahululukan, Prestasi Diutamakan.

Sehubungan itu, katanya, satu perjumpaan akan diadakan tidak lama bagi mendapatkan input baru bagi memantapkan projek dirancang dalam NCER.

“Pengubahsuaian perlu dilakukan kerana kita mahu pastikan projek dilaksanakan benar-benar memanfaatkan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini, semalam.

NCER yang dilancarkan pada Julai 2007, dijangka memberi manfaat kepada hampir lima juta penduduk di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, yang membabitkan pelaksanaan projek bernilai RM177 bilion sehingga 2025.

Sebagai permulaan kerajaan menyalurkan peruntukan tambahan RM5 bilion melalui kajian semula dan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Mengulas lanjut, Nor Mohamed berkata, pada mesyuarat semalam, wakil NCER memberi taklimat berkaitan NCER.

Daripada taklimat itu, katanya, adalah wajar kerajaan memberi input tambahan supaya pelaksanaan projek dirancang memberi kesan dan manfaat optimun dalam semua bidang kepada rakyat.

“Kita juga nak pastikan supaya peranan dan aktiviti NCER selari dan tidak bertindih dengan Rancangan Malaysia Kesembilan dan bajet kerajaan,” katanya.


najib naik...orang lain la pulak dapat..takan bagi kat orang pak lah lagi! kahkahkahkah....gaduh beb!

No comments

Powered by Blogger.