Rakyat mesti berjimat: Sultan Pahang

KUANTAN: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menyeru rakyat supaya berjimat cermat dan berhemat dalam perbelanjaan harian serta berbelanja mengikut kemampuan ketika harga barangan naik mendadak ekoran kesan kemelesetan ekonomi global masa kini.

Baginda bertitah Malaysia tidak terkecuali menerima kesan kegawatan ekonomi apabila pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar menguncup, eksport menurun, kemerosotan kemasukan pelaburan asing dan swasta serta pemberhentian kerja dalam sektor swasta dijangka berlaku dan meningkat.

"Harga barangan yang mendadak naik dan pendapatan rakyat yang mengecil mendatangkan beban kepada rakyat, justeru beta menyeru semua rakyat supaya berjimat cermat," titah baginda ketika merasmikan pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.


dengar kata mb pahang kena bayar berjuta2 kepada satu syarikat? kahkahkahkahkah....kena berjimat mb! kahkahkahkah...

No comments

Powered by Blogger.