SAH!! Najib PM ke-6 Malaysia

Yang Di-pertuan Agong Perkenan Najib Sebagai Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri keenam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Najib di hadapan Seri Paduka Baginda akan diadakan di Istana Negara 10 pagi esok.

Pagi tadi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Tuanku Mizan untuk menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri, selaras dengan proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib yang dirancang sebelum ini.

Najib, yang mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, turut menghadap Seri Paduka di Istana Negara, selepas istiadat menghadap oleh Abdullah pagi tadi.

Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Okt 2003.

-- BERNAMA


terima dengan redha..mungkin ada hikmah untuk rakyat malaysia!

2 comments

Laksamana Sunan said...

tanda2 dunia hampir kiamat...

web admin said...

tu la...nak wat macam mana.kita hanya orang biase..tapi doa orang biasa amat berbisa!

Powered by Blogger.