seruan buat pengundi bukit gantang, bukit selambau, batang ai!
Terlalu banyak sebab yang mewajibkan kita menumbangkan UMNO/BN dari muka bumi Malaysia yang kita cintai buat selama-lama. Samada kita sedar atau tidak kita semua terdiri daripada golongan yang dinafikan hak dan golongan yang dibelenggu dengan pelbagai Akta-Akta zalim yang dilakukan oleh UMNO/BN bagi meneruskan survival politik kotor mereka.B erikut adalah sebab musabab mengapa saya mengatakan UMNO/BN perlu ditumbangkan.
1.Anda dibelenggu ketakutan Akta-Akta Zalim lagi Keji seperti I.S.A(Akta Keselamatan Dalam Negeri) anda pada bila-bila masa boleh ditangkap dan dihumban kesana tanpa perlu dibicara.Pembebasan 13 tahanan I.S.A yang dilakukan baru-baru ini adalah semata-mata untuk meraih undi berikutan Pilihanraya Kecil yang berlaku ditiga Negeri serentak.
2.Anda tidak dapat berita yang telus dan tepat kerana terdapat Akta yang mengekang pengetahuan anda tentang salah laku pihak UMNO/BN.Akta ini dikenali sebagai PPA(Akta Mesin Cetak dan Penerbitan) memang anda kena tipu hidup-hidup dengan media yang mereka kuasai seperti RTM1,RTM2,TV3,TV9,NTV7,Beria Harian,Utusan Malaysia,The Star dan mcm-mcm lagi yang seangkatan dengannya.
Antara media yang dizalimi dengan Akta PPA adalah Harakah dan Suara Keadilan yang diarahkan memberhentikan penerbitannya dengan serta-merta zalim lagi mengzalimi. Namun seperti I.S.A tiba2 sahaja tindakan untuk memberhentikan penerbitan kedua-dua akhbar ini ditarik balik,ini juga dilihat dilakukan semata-mata untuk memancing undi kerana kedua-duanya dilakukan disaat-saat akhir dan sangat hampir dengan tarikh pengundian pilihanraya kecil diketiga-tiga negeri.
3.Institusi Legislatif dan Kehakiman dikuasai oleh UMNO/BN.Pelantikan Ketua-ketua badan ini dilakukan secara tidak telus dan dipilih terus oleh pemimpin UMNO/BN untuk kepentingan politik mereka.Akibatnya keadialan sama sekali tidak dapat ditegakkan.Seperti yang terjadi di Perak apabila kuasa Legislatif dinafikan hak-hak mereka.Maka dengan cara ini sahaja mereka mampu merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat iaitu dengan cara kotor.Kerana secara Undang-undang Dato Seri ir Hj.Nizar Jamaluddin masih sah sebagai menteri Besar sehingga Mahkamah mengatakan sebaliknya.
4.Kakitangan Awam dan Pelajar Institusi Pengajian tinggi dibelenggu dengan Aku Janji dan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti).Bagaimanakah kita hendak melahirkan pemimpin yang lantang bersuara dari kalangan pelajar dan interlek jika suara mereka disekat.
5.Pilihanraya yang tidak bersih dan adil apabila pengerusi SPR(Suruhanjaya Pilihanraya) yang sepatutnya dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya di bawah Parlimen namun sebaliknya apabila pengerusi SPR dilantik secara terus oleh mereka sendiri dan ini dilakukan supaya SPR dapat menjamin kepentingan mereka.
6.Amalan Rasuah,kronisme,Moral dan Penyalahgunaan Kuasa yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO/BN.Tiada siapa yang mahukan pemimpin yang kotor sebegini.
7.Memanupulasi agama demi kepentingan politik.Selama 50 tahun lebih berkuasa UMNO menyatakan bahawa Malaysia adalah Negara Islam, namun UMNO tidak pernah ingin melaksanakan hukum2 dan syariat Islam buktinya Riba telah dihalalkan oleh mereka dalam sistem-sistem kewangan. Arak&Judi dijadikan hasil pendapatan kerajaan melalui cukai lesen penjualan arak dan aktiviti perjudian.Inikah modul Negara Islam yang ingin dibawa UMNO?
Hudud pula telah diperlekehkan seolah-olah bersifat kejam dan tidak bertamadun seperti yang dinyatakan oleh Ulama mereka.Antara ungkapan pemimpin UMNO yang menghina Hudud dan Islam ialah “kalau Hukum Hudud dilaksanakan, semua rakyat Malaysia akan kudung.. boleh buat sup tangan…”.
Perbuatan ini adalah lebih teruk jika dibandingkan dengan Ngah kor Ming(DAP) yang hanya tersalah sebut nama surah di dalam al Quran dan beliau juga tersilap ketika membaca ayat tersebut kerana mungkin kurang biasa dengan sebutan tersebut.Namun tafsir ayat tersebut amat jelas disebut beliau.Namun UMNO terus menerus menjaja isu ini hingga membuat satu laporan polis,sepatutnya mereka yang dipertanggung jawapkan dengan isu menghina Islam dan Syariat Islam kerana terang-terang menghina Hudud yang termasuk dalam Hak-hak ALLAH.
Tidak cukupkah alasan-alasan ini untuk kita rakyat yang dizalimi menumbangkan UMNO/BN hidup-hidup dari kancah politik tanahair kita.Politik kotor mereka harus dihentikan dengan kuasa yang ada pada tangan kita ini.Ayuh marilah bersatu menentang kezaliman.Umat Islam terutamanya cukuplah apa yang telah UMNO/BN lakukan terhadap Agama Islam yang suci ini.
Selama 50 tahun memerintah, UMNO tidak pernah bercadang menegakkan Undang-undang Islam bahkan diperkekehkan undang-undang Islam dan mereka membuat acuan agama islam dengan menggunakan akal mereka maka lahirlah Islam Hadari. Lihatlah bagaimana mereka memanupulasi undang-undang Hudud,mereka menampakkan hudud kejam dimata bangsa asing dan mewujudkan ketakutan pada bangsa asing,kotor sungguh politik mereka.oleh yang demikian wajib bagi kita umat Islam memastikan UMNO/BN berkubur supaya tanahair tercinta kita bebas dari anasir-anasir parasit ini..
Takbir!!!Reformasi!!!Makkal sakthi!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!!!

UNDI PAS...Ingat Undi PAS..!

No comments
Post a Comment