SIAPA KATA NABI MUHAMMAD TIDAK BERPOLITIK DI DALAM MASJID? SIAPA KATA NABI TIDAK BERPARLIMEN?


Semalam, saya menerima email daripada seorang hamba Allah yang masih kurang jelas tentang artikel “Menjawab Isu : Tidak dibenarkan berkempen di masjid”. Saya harap penulisan kali ini dapat membantu kefahaman tersebut. Persoalan yang dilontarkan ialah masjid tempat menyatukan hati, bukan tempat memecahbelahkan dan banyak lagi.

Di dalam sirah Nabi Muhammad SAW, apakah peranan masjid? Perkara pertama yang Nabi Muhammad SAW lakukan ketika tiba di Madinah, ialah mendirikan masjid, iaitu Masjid Nabi. Apakah tujuan pembinaan masjid ini. Tujuannya selain daripada sebagai tempat beribadat, ia juga dijadikan tempat menuntut ilmu, membantu orang miskin, mengadakan mesyuarat dan sebagainya.

Segalanya dilakukan di dalam masjid tersebut. Bilakah Nabi Muhammad SAW berparlimen? Di manakah parlimen Nabi SAW? Ya, Masjid Nabi itulah parlimen yang diwujudkan di zamannya. Ia dijadikan sebagai tempat untuk perbincangan dan sebagainya. Ini kerana parlimen hari ini juga diperjuangkan oleh PR untuk tujuan yang sama.

PR hari ini memperjuangkan pendidikan Islam di parlimen, sama seperti zaman Nabi Muhammad SAW yang menggunakan parlimen tersebut untuk dijadikan sebagai pusat pengajian. PR juga memperjuangkan hak orang miskin di dalam parlimen, sama seperti zaman Nabi Muhammad SAW yang menjadikan parlimen tersebut sebagai tempat membantu golongan miskin.

Ya, di dalam parlimen jugalah PR berbincang dan bertekak untuk menegakkan kebenaran. Bukan untuk menafikan kebenaran, sedangkan kebenaran itu tetap benar! Ya, kita sepatutnya berjuang untuk mendapatkan parlimen itu supaya dapat dijadikan pusat. Nabi Muhammad SAW menjadikan masjid itu sebagai pusat, dan di Malaysia hari ini PR sedang berjuang untuk menjadi kerajaan pusat.

Nabi Muhammad SAW dan para sahabat bertungkus lumus membina masjid tersebut untuk dijadikan pusat. Manakalah kita hari ini kita bertungkus lumur mendapatkan parlimen untuk dijadikan pusat pentadbiran di Malaysia. Kenapa PR tidak menguasai masjid di Malaysia sahaja? Ini kerana masjid-masjid diseluruh Malaysia hari ini sudah tidak berfungsi sebagaimana zaman Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, masjid yang dibangunkan di zaman Nabi Muhammad SAW adalah berfungsi sebagai pusat pentadbiran politik ketika itu. Tetapi pusat pentadbiran politik hari ini, hanya menyediakan tempat solat yang kecil, dan ada yang tiada tempat solat! Dunia Malaysia sudah pun terbalik. Jangan lupa, di masjid inilah Nabi jadikan sebagai tempat menyatukan orang Islam dan membuat perancangan untuk berhadapan dengan orang bukan Islam.

PR mendapatkan parlimen juga bertujuan menyatukan semua orang Islam di Malaysia, dan memelihara hak orang bukan Islam (ahli zimmah). UMNO sendiri yang mengatakan mereka adalah Islam, terang-terangan menolak PAS. Inikah kesatuan atau perpecahan yang mereka bentuk? Koreksi diri anda….

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

No comments

Powered by Blogger.