Tugas Utama Muhyiddin Yassin Selesaikan Isu PPSMI.
TENTUNYA para pencinta dan perjuang Bahasa Melayu menarik nafas lega dengan perlantikan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Mentyeri dan merangkap Menteri Pelajaran.
Pertukaran peneraju kementerian itu seolah memberi setitik cahaya harapan kepada para pejuang dan pencinta bahasa Melayu yang keresahan dan kecewa mengenai perlaksanaan PPSMI dewasa ini.
Walaupun Muhyiddin akan meneruskan dasar pendidikan yang dilaksanakan dibawa menteri sebelum ini sekruang-kurang perlantikan Muhyiddin itu membuka sedikit ruang, masih ada perluang untuk berbuat sesuatu yang lebih baik dan pratikal.
Para pencinta bahasa, tentu sekali termasuk Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) akan merasakan mereka ada harapan baru bagi mencapai hasrat mereka yang disalurkan menerusi berbagai mekanisme itu. Mereka berharap menteri baru itu akan memberi respon kepada usaha mereka selama ini, untuk memansuhkan pembelajaran dan pengajaran Sains dan Metamaetik (PPSMI) yang belum kesudahan itu.
Isu itu seakan tersekat dan para aktivis GMP pun seperti berihat sekejap untuk melihat sikap dan aksi menteri pelajaran baru berkenaan.
Sehingga kini GMP tidak berbuat apa-apa dengan menteri baru itu, belum mengulas dan menilai ke manakah arah dan bagaimanakah penerimaanya mengenai bahasa Melayu. Buat masa ini mereka hanya menebar harapan dari jauh saja. Belum ada risikan dan cadangan untuk mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin berhubung isu itu.
Sebelum perhimpunan agung Umno bulan lalu dan penyusunan semula kabinet seminggu lalu, orang utama GMP juga ada berjumpa dengan Hishamuddin Hussein. Perjumpaan itu tidak memberi apa-apa bekas melainkan dua orang wakil GMP itu dapat mengecapi bagaimananya pahitnya kopi di pejabat menteri berkenaan. Itu saja.
Diketahui hasilnya tidak begitu lumayan. Cuma visual di tv menunjukkan dua wakil GMP, Dr Hassan Ahmad dan A Samad Said yang sedia ditemui Hishamuddin berjalan seiringan sambil gelak-gelak besar seolah mereka lucu menceritakan kisah semasa sama-sama berkahtan di masa kecil lalu.
GMP pun tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi seleps itu dan sesudah Muhyiddin dilantik, juga tidak ada apa-apa kenyataan baik mengalu ataupun sebaliknya. Kalau pun ada imbalasan lisan secara peribadi oleh individu tertentu saja.
Apakah GMP juga memberi ruang untuk Muhyiddin bernafas dan menyelesakan dulu punggungnya di kerusi barunya itu baru mereka berfikir untuk berbuat sesuatu?
Ada kuhliahnya juga kalau kedua pihak; GMP dan menteri mengambil seidikit masa. Tetapi hendaknya jangan lama sangat. Nanti keduanya leka menyebabkan pejuangan GMP itu akan terhenti di situ sahaja.
Sebenarnya harapan besar diletakkan di bahu Muhyiddin. Sebagai seorang Melayu dan menteri berpengalaman dan matang berbanding Hihsmuddin, Muhyiddin akan melihat perkara ini secara keseluruhannya.
Kalau Muhyiddin juga injgin memprtahankannya beliau tidak akan memberi alasan digunakan Hishamuddin itu, kerana ianya telah menelan belanja berbillion ringgit.
Kalau Muhyiddin bersetuju agar ia diteruskan Muhyiddin kena yakinkan bahawa dasar itu baik dan ia tidak akan menelan dan mencemar kedudukan dan kesucian bahasa Melayu? Beliau kena uraikan kebimbangan para pencinta bahasa Melayu dan mengatasi segera kesan daripada PPSMI yang menimpa murid di luar bandar itu.
Sebaiknya, agenda tranformasi yang hendak dilakukan Umno dalam memperkasakan dan mendapat balik kepecayaan orang Melayu terhadap Umno, Umno hendaklah mengutamakan menyelesaikan isu PPSMI ini. Umno harus bijak mengeksploitasikan isu ini.
Sudah tentu kalau Muhyiddin sedia menimbangnya atau sanggup melupai soal RM5 billion yang dibelanjakana untuk PPSM seperti mana disebut Hihsmuddin, Umno akan dihormati semula oleh orang Melayu khasnya. Orang Melayu yang semakin hilang daya penarik (wow) akan menoleh semula kepada Umno.
Seeloknya juga sempena perubahan kepimpinan dan pembaharuan yang hendak dilaksanakan ini Muhyiddin mengambil kesempatan atasnya. Kalau ada pihak dalam Umno yang tidak setuju Muhyiddin boleh jadikan sebagai alasan sempena perubahan itu sebagai alasannya.
Kalau ini dapat dilakukan setidak-tidaknya orang akan melihat bahawa Umno masih ada selera Melayu. Apalah yang hendak dirisaukan sangat dengan RM5 billion. Hishamuddin katanya menyebut soal perbelanjaan sebanyak RM5 billion itu berkali-kali membayangkan sebagai sebab kerajaan sukar untuk memansuhkan PPSMI.
Alasan dan usaha Hishmuddin untuk menyelamatkan wang itu bagus. Tetapi apakah beliau tidak tahu menilai berapakah kerugian berterusan ekoran PPSMI yang lebih banyak dari itu?
Bukan itu, yang sepatutnya dinilai oleh Muhyiddin. Apa yang perlu berikan perhatian ialah nilai bahasa Melayu lebih tinggi daripada RM5 billion itu. Tidak mengapa kita habiskan asalkan kedudukan bahsa Melayu tertegak dan berdaulat. Harga bahasa Melayu lebih mahal dari peruntukan untuk memulakan dasar kotor itu.
Ingat harga bahasa Melayu bukan RM5 billion, bukan RM10 billion, tetapi tidak ternilai. kerana di situlah terletaknya maruah bahasa dan bangsa Melayu. Tidak tahulah kalau Umno Baru telah menilai bahasa Melayu serendah itu. Mungkin juga kerana mereka tidak pernah merasai nikmat dan meluahkan cinta kepada bahasa Melayu kerana mereka membesar di luar lingkarannya.
Untuk menenangkan keadaan ini saya cadangkan Muhyiddin tidak melengah-lengahkan masa, kalau boleh panggil semua NGO yang memperjuanhgkan supaya PPSMI dimansuhkan, atau GMP untuk memulakan tindakan bagi menyelesaikan isu PPMSi ini. Muhyiddin harus bertindak awal sebelum pencinta dan pejuang bahasa melebelkan dirinya sebagai anti Melayu dan membidasnya seperti mana diterima oleh Hishmuddin. Penyamaan Muhyiddin dengan Hishamuddin ada sesuatu yang amat malang kepada timbalan perdana menteri baru itu.
Dan paling menyesalkan jangan kerana dasar itu diilhamkan oleh Mahathir Mohamad menyebabkan Muhyiddin takut untuk memansuhkan kerana bimbang dikrtikkan Mahathir?
Atau malu alah kerana Mahathir telah menyokongnya untuk menjadi Timbalan Presiden Umno, Dalam soal hak dan membela kepentingan bangsa dan negara Muhyiddin tidak perlu takut kepada sesiapa baik Mahathir maupun perdana menteri sendiri
mso
1 comment
Tugas meningkatkan taraf bahasa melayu sebagai bahasa ilmu mesti diteruskan.Jangan berhenti.
Kita pernah hilang tulisan jawi. Jangan nanti orang kata melayu hanya pandai "masuk jawi" tapi tak tau baca jawi.
Post a Comment