ulasan malaysiakini: bukit selambau dan bukit gantang!

4.30pm Timbalan Pengerusi Umno Perak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata BN mendapat sambutan cukup baik daripada pengundi Cina di Simpang dan Kuala Sepetang dalam parlimen Bukit Gantang.

Sambil mengucapkan terima kepada mereka, beliau menambah, BN dapat menembusi kawasan hitam di Changkat Ibol.

4.15pm Pemantau pilihanraya Mafrel melaporkan berlaku kekecohan di SJKC Chung Hwa di DUN Bukit Selambau, kira-kira setengah jam lalu apabila Karpal Singh dan Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak - yang melewati sekolah tersebut - dibaling dengan botol air oleh oleh ahli-ahli MIC.

Orang ramai yang lalu di situ juga terkena botol yang dibaling itu.

3.40pm SPR mengumumkan, jumlah keluar mengundi di DUN Bukit Selambau meningkat kepada 61 peratus setakat jam 3 petang.

Jumlah ini dijangka meningkat sehingga 70 peratus menjelang penutupan pusat-pusat pengundian pada jam 5 petang nanti.

bukit gantang election day tear gas fired into crowd at pengkalan jering changkat jering 0704093.25pm Penulis blog Anil Netto memuatkan klip video yang menunjukkan kumpulan penyokong PAS mengalami keperitan sewaktu terkena gas pemedih mata yang dilepaskan di luar pusat mengundi SMK Pengkalan Aur di Bukit Gantang pagi tadi.

3.20pm Angkatan Muda PKR akan membuat aduan polis terhadap seorang ketua tempat mengundi di SM Sains Sultan Muhammad Jiwa yang didakwa enggan menandatangani borang bantahan ejen tempat mengundi calon PKR di DUN Bukit Selambau.

Laporan polis itu akan dibuat oleh ketua AMK Batu, Rozan Azen.

3.05pm Dua penyokong BN ditegur oleh anggota polis apabila mereka menunjukkan isyarat lucah terhadap penyokong PAS di luar SK Panglima Bukit Gantang di parlimen Bukit Gantang.

3.00pm Sehingga jam 2 petang ini, seramai 55 peratus pemilih keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.

2.40pm Sehingga jam 2 petang tadi, seramai 58.11 peratus pemilih keluar mengundi dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang.

2.00pm Sebahagian besar pusat mengundi di Batang Ai telah ditutup, dan jumlah yang keluar mengundi adalah tinggi.

Contohnya, di tiga daerah yang ramai pengundi - Sebangki, Mepi dan Batu Kaya - mereka keluar mengundi sejak awal pagi tadi dan dua jam sebelum pusat itu ditutup, jumlahnya mencecah lebih 70 peratus.

Ia dipercayai berkaitan dengan minat pengundi terhadap beberapa faktor termasuk pentingnya pilihanraya kecil DUN Batang Ai kepada PKR dan BN di Sarawak serta banyak isu-isu tempatan termasuk isu tanah adat.

Pemimpin PKR dan BN masing-masing menyuarakan keyakinan akan menang.

bukit selambau election day 070409 041.50pm Laman web Mafrel mendakwa pemerhatinya, di sebuah sekolah, ternampak seorang wanita menukar pakaian untuk masuk semula membuang undi beberapa kali ke pusat tersebut di Para Petani, Bukit Gantang.

Baca laporan lanjut.

1.45pm Pemantau pilihanraya Mafrel melaporkan, sebuah bas yang disyaki pembawa pengundi hantu menimbulkan suasana kecoh di luar SK Panglima Bukit Gantang kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi.

Polis sedang mengawal keadaan di pusat pembuangan undi itu bagi parlimen Bukit Gantang. Hujan mula berhenti di banyak tempat dan jalan di sekitar Simpang mulai lengang.

bukit selambau election day 070409 03Sementara itu, SPR menyatakan, kira-kira 50 peratus pengundi di Bukit Selambau telah memangkah calon masing-masing sehingga 1 tengah hari tadi.

1.17pm ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu mendakwa beliau mendapat ejekan daripada penyokong PAS dengan gelaran "pengkhianat" dan "lompat" apabila bekas wakil rakyat PKR itu tiba untuk membuang undi di SK Changkat Jering jam 10 pagi tadi.

Bekas exco kerajaan Perak yang kini ADUN bebas bawah parlimen Bukit Gantang memberitahu Malaysiakini, bagaimanapun penyokong PKR hanya diam sahaja.

Beliau keluar dari tempat pengundian kira-kira jam 12. Tiada kekasaran fizikal dilakukan terhadapnya.

1.02pm Kesesakan teruk di jalan-jalan utama yang menempatkan pusat-pusat pembuangan undi di parlimen Bukit Gantang.

Hujan yang mulai turun dijangka menambahkan lagi kesulitan orang ramai yang ingin keluar membuang undi.

bukit gantang election day tear gas fired into crowd at pengkalan jering changkat jering 070409 single12.40pm Sumber-sumber PAS dan PKR mendakwa gas pemedih mata dilepaskan di SMK Pengkalan Aur dalam DUN Changkat Jering, Bukit Gantang susulan kekecohan antara penyokong BN dengan pembangkang.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan ini, setakat ini.

Bagaimanapun, blogger Anil Netto menyiarkan rakaman video mengenai kejadian tersebut.

Ketua polis daerah Taiping, ACP Raja Musa Raja Razak berkata beliau tidak mendapat maklumat itu dan akan menyemak perkembangan tersebut.

Tambahnya, semua pusat pembuangan undi berjalan lancar kecuali kesesakan lalulintas di banyak kawasan.

12.08pm Walaupun tiada sebarang kekecohan di SMK Aman Jaya di di Bukit Selambau, kira-kira 30 anggota polis termasuk 10 anggota unit pencegah rusuhan mengawal keadaan.

Sementara di pusat pembuangan undi di SMK Pengkalan Aur dalam parlimen Bukit Gantang, lebih 35 peratus telah memilih calon masing-masing. Seramai 2,305 pemilih berdaftar di situ.

bukit gantang election day heavy rain 070409 0312.05pm Di DUN Bukit Selambau: Cif Inspektor Mohammad Shofee Tayib dari ibu pejabat polis daerah Kuala Muda mengesahkan bahawa sebuah bas yang disyaki membawa "pengundi hantu" telah ditahan oleh penyokong pembangkang di Gurun, kira-kira 20 km dari Sungai Petani.

Katanya, bas tersebut ditahan pada kira-kira jam 10 pagi dan kini berada di balai polis Gurun. Bagaimanapun, tambahnya, pihak polis tidak pasti sama ada penumpang bas itu penyokong atau pengundi.

Pihak polis sedang menyemak status mereka dengan senarai pengundi.

11.50am Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata 40 peratus telah keluar mengundi di Bukit Selambau dan angka itu dijangka mencecah 50 peratus pada jam 1 tengahari.

11.46am Batang Ai Penulis blog Lina Soo melaporkan SPR memutuskan untuk membawa 14 daripada 26 peti undi melalui udara dan sungai ke pusat penjumlahan undi.

Ejen tempat mengundi calon-calon yang bertanding tidak dibenarkan mengawasi peti-peti undi ini sewaktu ia diangkut.

Pemantau pilihanraya Mafrel berkata tindakan ini boleh membuka peluang berlakunya penyelewengan, sama ada peti undi hilang atau ditukarkan.

11.45am Cuaca di DUN Batang Ai terang. Di pusat pembuangan undi Mepi, dekat kawasan penempatan semula di empangan Batang Ai, kira-kira 290 daripada 437 pengundi (66 peratus) telah membuang undi jam 11 pagi.

Pusat ini akan ditutup jam 2 petang.

11.42am Menurut perangkaan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga jam 10 pagi tadi, 17.7 peratus atau 9,849 pengundi di Bukit Gantang telah keluar membuat pilihan.

Sementara 21.92 peratus (7,700) pengundi DUN Bukit Selambau dan 32.41 peratus (2,581 orang) di DUN Batang Ai telah membuang undi.

Setakat jam 11 pagi, 32 peratus pengundi DUN Bukit Selambau telah berbuat demikian. Tiada maklumat terbaru di dua kawasan pilihanraya lain.

bukit gantang election polling day trong 070409 0311.38am Masih ramai pengundi muda di DUN Bukit Selambau belum keluar membuang undi. Setakat ini, hanya 20 peratus berbuat demikian setakat jam 11 pagi, kata seorang ADUN PKR Sim Tze Tzin.

Wakil rakyat Pantai Jerejak, yang kini berada di kawasan pilihanraya tersebut, berkata PKR akan cuba mengajak lebih ramai pengundi muda - dipercayai cenderung menyokong parti itu - sewaktu makan tengah hari ini.

11.20am Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata jumlah pengundi yang keluar mengundi di pusat pengundian SJKC Simpang di Bukit Gantang mencecahkan 50 peratus selepas dua jam setengah pengundian berjalan.

Di SMK Taman Ria Jaya, Bukit Selambau, 32 peratus daripada 5,122 pengundi sudah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi, kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

11.00am Penyokong BN dan PAS hampir bergaduh jika anggota polis pencegah rusuhan FRU lambat bertindak di luar SK Ayer Putih di Bukit Gantang.

Penyokong BN didakwa menggoncangkan dan menendang kenderaan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ingin melawat pusat pembuangan undi tersebut kira-kira jam 10 pagi tadi sehingga menghalangnya turun di situ.

Rasa tidak puas hati penyokong PAS mendorong mereka marah pada penyokong BN sehingga mencetuskan suasana tegang.

bukit selambau election day 070409 02Beberapa puluh anggota FRU berjaya menyelamatkan keadaan dengan memisahkan dua kumpulan penyokong parti-parti tersebut.

10.22am Penyokong BN dan PKR bertengkar di luar SJK (Tamil) Palanisamy Kumaran di DUN Bukit Selambau.

Menurut pemantau pilihanraya Mafrel, mereka tidak puas hati kerana lokasi khemah BN terletak di atas jalan tar manakala kemah PKR diletakkan di jalan yang kotor.

Beberapa anggota PKR masuk ke kemah BN dan bertengkar dengan anggota BN di situ. Polis cuba meleraikan mereka dan mengawasi keadaan.

10.18am Pemantau bebas pilihanraya Mafrel melaporkan, tiada garisan kuning Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menandakan kawasan larangan 50 meter di luar SMK Aman Jaya, dalam DUN Bukit Selambau.

nazar at voting center bukit gantang 07040910.15am Calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meninggalkan SK Changkat Jering di Bukit Gantang bersama beberapa penyokong untuk merayu undi dan bertemu petugas di tempat-tempat pembuangan undi yang lain.

Penyokongnya melaungkan "Hidup Nizar, Hancur Umno", sementara penyokong BN menjerit "penderhaka" sewaktu bekas menteri besar itu berjalan ke keretanya.

Menyifatkan peluangnya "cerah", Mohammad Nizar memberitahu Malaysiakini, "alhamdulillah, ada harapan besar."

10.01am Calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di SK Changkat Jering di Bukit Gantang untuk merayu undi dan bertemu petugas parti. Beliau disambut dengan jeritan "boo" daripada penyokong BN.

10.01am Pemantau bebas pilihanraya Mafrel mendakwa kertas undi yang besar dalam DUN Bukit Selambau melambatkan proses membuang undi di SK Sungai Lalang (foto bawah, kanan).

bukit selambau by election 060409 ballot paperKertas itu dibuat bagi menampung kesemua 15 calon - termasuk 13 bebas - di kawasan pilihanraya kecil itu yang mencipta rekod calon teramai dalam sejarah Malaysia.

9.48am Kumpulan penyokong PAS di luar SK Changkat Jering, Bukit Gantang "Altantuya, Mongolia", penyokong BN diam.

Pondok PAS kedua-dua parti menarik jumlah pengundi yang sama besar.

9.35am Seorang penyokong PAS - yang memakai topeng mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu - dikejar polis dekat SK Changkat Jering, Bukit Gantang. Lelaki itu melarikan diri dan gagal ditahan polis.

Kira-kira 300 penyokong PAS dan 100 BN saling jerit-menjerit melaungkan slogan. Kumpulan PAS melaungkan "Hancur BN, Hancur", manakala BN pula "PAS munafik."

ismail saffian voting bukit gantang 0704099.22am Cuaca di DUN Bukit Selambau baik, sementara di parlimen Bukit Gantang, mulai terang selepas hujan sebentar pagi ini.

9.15am Calon BN Ismail Saffian di Bukit Gantang menyifatkan pertandingan hari ini dengan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin " persaingan sengit" tetapi yakin akan dapat mengalahkan bekas menteri besar itu dengan majoriti tipis.

Kemenangannya, kata Ismail, satu tanda sokongan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak yang dilantik perdana menteri 3 April lalu.

Sementara para penyokong kedua-dua pihak terus melaungkan sokongan kepada calon dan parti masing-masing bagi merayu pengundi di saat-saat akhir.

9.05am Calon parlimen BN Ismail Saffian selesai membuang undi SK Datuk Panglima Gantang. Beliau disambut laungan "Hidup BN" sewaktu tiba di pusat pembuangan undi itu jam 8.55am.

voting BN in changkat jering 0704098.18am Calon PKR, S Manikumar membuang undi di SMK Taman Ria Jaya, Bukit Selambau. Beliau tiba di pusat pengundian pada jam 8.05 pagi.

Dengan menyifatkan pengundian itu "hari bersejarah", Manikumar yakin menang dengan majoriti lebih 2,000 undi.

Kelihatan kira-kira 100 beratur untuk mengundi di sekolah yang sama.

8.15am Pusat pengundian bagi pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai dibuka serentak jam 8 pagi ini.

Pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau menyaksikan pertembungan 15 calon - 13 calon bebas dengan calon BN, Datuk S Ganesan dan S Manikumar dari PKR.

voting in changkat jering 070409Di Bukit Gantang, pertandingan tiga penjuru antara calon BN Ismail Saffian, calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Batang Ai pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon-calon BN Malcom Mussen Lamoh dan PKR Jawah Gerang.

Seramai 55,562 pemilih layak mengundi dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, Bukit Selambau (35,140 pengundi) dan Batang Ai (8,009 pengundi).

Pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau merupakan merupakan pengundi Melayu, diikuti India dan Cina.

Kebanyakan pusat pengundian dijadual ditutup jam 5 petang, dan keputusan pilihanraya dijangka diketahui seawal jam 9 malam.

No comments

Powered by Blogger.