Watak 'dendam' Abdullah mula membayangi kabinet Najib?
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
Kegoncangan Umno/BN hari ini semakin parah walaupun kepimpinannya sudah bertukar wajah dari Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato' Seri Najib Tun Razak.
Episodnya hampir sama dengan apa yang berlaku di zaman Abdullah yang ketika itu menerima serangan hebat dari Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutu-sekutunya.
Di zaman Abdullah, krisis antara Dato' Md Isa Sabu dan Dato' Seri
Shahidan Shahidan susulan keputusan mengejut istana Arau membelakangkan bekas menteri besar itu selepas BN menguasai kembali
Perlis, Mac tahun lepas.
Gejala yang sama berlaku di Terengganu apabila istana mengangkat
Dato' Ahmad Said bagi menggantikan Dato' Seri Idris Jusoh.
Bagaimanapun Idris melepaskan jawatan pengerusi badan perhubungan
Umno kepada Ahmad tidak lama selepas itu.
Hari ini, Najib pula dihadapkan dengan pelbagai kemelut yang berlaku
seperti di Terengganu dalam isu berkaitan Idris Jusoh dan Menteri
Besar, Dato' Ahmad Said; isu keretakan hubungan antara Shahidan
Kassim dan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Md Isa Sabu; isu siapa
bakal dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor dan
isu kabinet Najib yang di 'remote control' oleh Tun Mahathir.
Skripnya hampir sama dan watak yang melakonnya tak ubah dan hanya
mungkin akan bertambah dengan beberapa lagi watak yang akan muncul
selepas ini.
Seperti kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, kegemparan ini
episodnya sama seperti yang berlaku di zaman Tun Abdullah, namun masa
sahaja yang berbeza yang mana watak tetap melakonkan serangan untuk
pihak yang sedang berkuasa.
Tidak dinafikan, persepsi umum kini terarah kepada tindakan Najib
yang langsung mengesampingkan wajah-wajah Abdullah yang masih ada
dalam kepimpinan Umno seperti Khairy Jamaluddin.
Mahu atau tidak,Najib kini mula dihadapkan dengan watak Abdullah yang
akan berterusan menyerang kepimpinan Najib yang berjiwa Tun Mahathir.
Pelantikan Mukriz Tun Mahathir selaku Timbalan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (Miti) sendiri mencetus satu kegawatan
kepada kalangan kepimpinan Pemuda Umno apabila ketuanya, Khairy tak
menjawat satu pun jawatan dalam kabinet.
Secara jelasnya bak kata beberapa pemerhati politik dan blog,
pelantikan Mukriz hanya menambahkan lagi api permusuhan antara
Abdullah dan Mahathir, namun targetnya pastinya Najib.
Hari ini mungkin krisis sepuluh wakil rakyat BN Terengganu yang
dikatakan tidak menghadiri hari kedua persidangan Dewan Undangan
Negeri akan menjadi titik permulaan serangan Abdullah terhadap Najib
melalui watak-watak yang masih ada dalam kepimpinan Umno versi Najib.
Kemelut Umno di negeri Perlis sebagai tambahan kepada corat-coret
adegan yang akan berkesinambungan dalam pemerintahan Najib yang bakal
menyaksikan tekanan yang berlaku kepada Abdulah sebelum ini akan
berlaku juga kepada Najib.
Mungkin ada benarnya kata Mahfuz Omar bahawa hayat politik Najib
mungkin lebih singkat dalam melengkapi teori RAHMAN.
Apakah krisis ini jalan permulaan kepada kehancuran politik Najib,
sama-sama kiota saksikan.
Video berkaitan:
No comments
Post a Comment