YA! Melayu menolak PAS di Bukit Gantang! Ya! Tak puas hati lagikah?
Di mana silapnya PAS masih lagi belum diterima di Bukit Gantang oleh Melayu? Adakah melayu Bukit Gantang masih klasik dan penuh dengan tradisi?
Jika bercakap akan hal Bukit Gantang, kita terus kecilkan skop, kita tumpukan terus kawasan yang mempunyai majoriti Melayu, iaitu DUN Trong. Satu-satunya DUN yang paling kuat UMNO atas muka bumi Perak ini.
Saya tidak mahu melihatnya dari sudut kekuatan UMNO, akan tetapi mahu melihat, apakah kelemahan yang ada pada PAS di Bukit Gantang?.
Secara asasnya, kita lihat, adakah PAS di Bukit Gantang telah bersedia untuk pilihan raya yang penuh strategik?
1) Dari segi penubuhan cawangan, apakah cawangan di Bukit Gantang mencukupi untuk menampung setiap lokaliti?
2) Jika cawangan telah tertubuh, adakah cawangan tersebut hidup?
3) Jika cawangan itu hidup, apakah mereka ini tidak memainkan peranan untuk hapuskan budaya klasik dan tradisi yang terlampau?
4) Jika memainkan peranan, apakah program telah dibuat untuk menyedarkan rakyat setempat bahawa taksub klasik dan tradisi adalah menyalahi dari sudut akidah?
5) Jika program tersebut telah dibuat dan rakyat makin sedar, mengapakah dalam semakan daftar pemilih, hanya sedikit sahaja peningkatan pengundi baru, sedangkan ramai lagi rakyat di Bukit Gantang yang layak mengundi akan tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi?
Semoga analisis yang dikemukakan oleh Cikgu Wan Nik, menjadikan satu pedoman dan panduan untuk PAS Bukit Gantang, memperbaiki segala kelemahan yang wujud dan mencapai kegemilangan sekali lagi untuk pilihan raya masa akan datang.
Saya membaca entri di Penarik Beca, Mat Saman Kati dan lain-lain, menyatakan ketidakpuashatian akan hal telah berlaku, dari sudut kerjasama PAS Bukit Gantang dengan mereka dan apa yang mereka ramalkan sebelum ini telah berlaku cuma suara mereka tidak didengari.
Saya hanya mampu memberi nasihat, supaya 'bersabar', ia merupakan salah satu 'mehnah kecil' dalam PAS. Jika anda tidak mampu berhadapan dengan 'mehnah kecil' tersebut, anda tidak akan mampu untuk meneruskan hidup dalam perjuangan PAS. Anda akan berserta dengan operasi pembersihan. 'Operasi pembersihan' di dalam PAS dilakukan setiap masa, tanpa anda sedar.
Mungkin anda akan berkata, "hang bolehlah bersabar! aku yang tanggung semuanya, hang mana tahu..."
Mungkin saya tidak mengerti akan tetapi telah banyak pengalaman saya lalui, dan mungkin, ia lebih berat daripada anda lalui. Saya hanya berpegang dengan dasar PAS iaitu ISLAM, selagi dasar itu tidak digubal, saya masih lagi bersama-sama PAS, kerana,
"ISLAM tidak memerlukan anda, Andalah yang memerlukan ISLAM, jika tiada anda, Allah akan menggantikan orang lain untuk terus memperjuangkan ISLAM, setelah itu, andalah yang termasuk dengan golongan yang rugi di dunia dan di akhirat."
Melayu di Bukit Gantang bukan menolak PAS, akan tetapi masih belum menerima dan memahami perjuangan yang dibawa PAS. InsyAllah, makin dibincang dan semakin banyak persoalan telah terjawab. Semoga PAS Bukit Gantang khususnya dapat memperbaiki kelemahan yang ada, untuk mempermantapkan lagi jentera untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
http://peraknews.blogspot.com/
No comments
Post a Comment