12 Ekor UMNO Ke Yang Bawa Kepala Lembu?

12 penunjuk perasaan bawa kepala lembu didakwa esok

SHAH ALAM: 12 penunjuk perasaan yang terbabit dalam insiden memijak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 28 Ogos lalu, akan didakwa esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata mereka akan didakwa mengikut Akta Hasutan dan kerana terbabit dalam perhimpunan haram.

"Polis akan mencari semua yang terbabit petang ini untuk merekod keterangan mereka dan kalau perlu kita akan beri jaminan sebelum mereka didakwa di mahkamah esok," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata kesemua penunjuk perasaan terbabit akan didakwa selepas beliau berpuas hati dengan fakta dan bukti yang dikumpul oleh polis bahawa mereka perlu dihadapkan ke mahkamah.

Dalam satu kenyataan, Abdul Gani berkata, mereka yang membawa dan bercakap sambil memijak kepala lembu akan didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan secara pilihan menurut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Abdul Gani berkata, mereka dan penunjuk perasaan yang lain juga akan berdepan satu lagi pertuduhan mengikut seksyen 27 (5) Akta Polis kerana berhimpun secara haram.

Sementara itu, sekumpulan pemberita dan jurugambar yang menunggu sejak pagi sehingga petang ini kelihatan hampa selepas kes itu dijangka didakwa di mahkamah hari ini, tidak berlaku.

Mengulas perkara itu, Khalid berkata, banyak perkara yang perlu diuruskan sebelum mendakwa kesemua yang terbabit di mahkamah.

"Ia mengambil masa dan tidak sempat untuk mendakwa mereka hari ini. Kita yakin kesemua mereka yang terbabit akan memberi kerjasama yang baik kepada polis," katanya.

Pada 28 Ogos lalu, sekumpulan penduduk Seksyen 23 di sini mengadakan bantahan berhubung cadangan Kerajaan Selangor memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 di sini ke kawasan berkenaan. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.