Banyak keputusan tidak diketahui Lembaga Pengarah LPK

KUALA LUMPUR 3 Sept. — Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendapati banyak keputusan penting yang dibuat oleh pengurusan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) seperti kontrak dan perjanjian hanya dimaklumkan kepada lembaga pengarah lembaga selepas ia ditandatangani.

Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, gambaran yang didapati ialah

“seolah-olah ada masa-masa di mana maklumat tidak disampaikan walaupun diminta secara bertulis”.

Bercakap kepada pemberita selepas PAC menyoal dua bekas pengerusi LPK, Datuk Yap Pian Hon dan Tan Sri Dr. Ting Chew Peh, di bangunan Parlimen di sini, Azmi berkata, terdapat pembayaran yang banyak dibuat oleh lembaga yang hanya ditandatangani oleh pihak pengurusan.

“Banyak keputusan yang dibuat seperti kontrak dan perjanjian ditandatangani dulu oleh pengurusan dan hanya dimaklumkan kepada lembaga pengarah (selepas itu)”. Keputusan penting lembaga tidak tahu...hanya dimaklumkan selepas perkara itu berlaku.

Azmi berkata, PAC perlu meneliti tatacara pengurusan LPK dan kuasa-kuasa yang diberikan kepada pengurusan serta kemungkinan wujud amalan lembaga menurunkan kuasa kepada pengurusan, dilakukan sebelum ini. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.