Bekas Timbalan KPN koma
KUALA LUMPUR 2 Sept. — Bekas timbalan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohd. Sedek Ali masih berada dalam keadaan koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam.
Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Neurosurgeri HKL, Dr. Mohammed Saffari Mohammed Haspani berkata, sejak dimasukkan ke ICU HKL, keadaan Mohd. Sedek belum menunjukkan perubahan.
“Mohd. Sedek masih tidak sedarkan diri dan kini dipantau sepanjang masa kerana belum melepasi tahap kritikal.
“Keadaan pesakit masih kritikal... koma tapi stabil. Keadaannya masih di peringkat awal yang perlu mengambil masa untuk sedarkan diri...mungkin seminggu atau lebih,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di HKL, di sini hari ini. - Bernama

No comments
Post a Comment