Altantuya Najib Ada Kat Selat Melaka!

KUALA LUMPUR 2 Sept. — Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, sudah berada di perairan Selat Melaka menuju ke Pelabuhan Klang untuk upacara sambutan rasmi yang akan diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi esok.

Turut menyambut ketibaan kapal selam jenis Scorpene itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera, Jen. Tan Sri Azizan Ariffin.

“Orang ramai berpeluang menyaksikan upacara tersebut melalui siaran langsung program “Hello On Two” di TV2 RTM mulai 7.50 pagi,” kata Lt. Kdr. Masliza Maaris, Pegawai Perhubungan Awam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), ketika dihubungi di sini hari ini.

KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR) dikendalikan Komander Zulhelmy Ithnain bersama 35 krew.

Masliza berkata, kapal selam itu akan berada di Pangkalan TLDM Pulau Indah sehingga Jumaat sebelum ia belayar ke Pangkalan TLDM Lumut. KD TAR dijadual tiba di Pangkalan Teluk Sepanggar di Sabah pada 17 Sept. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.