Kedudukan Badrul Ditentukan Selepas Hari Raya : Khalid

SHAH ALAM, 2 September - Kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah akan diputuskan selepas hari raya ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan tersebut akan diambil selepas mengadakan perbincangan dengan Speaker Dewan Negeri, Teng Chang Kim dan Exco negeri.

Menurutnya, elaun Badrul sebagai Adun masih dibayar seperti biasa sehingga keputusan di lakukan.

“Dia sebagai ahli dewan undangan negeri akan mendapat bayaran elaun dan gaji sebagai adun, itu keputusan akan kita lakukan apabila kita berbincang dengan pihak Badrul dan juga dengan speaker negeri dan exco, beliau masih lagi adun dan keputusan akan dibuat tidak lama lagi, selepas hari raya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Tan Sri Khalid berkata, kes Badrul akan dikaji terlebih dahulu mengapa beliau tidak boleh menjalankan tugas, mungkin ada sebab kukuh yang menyebabkan Badrul bersifat demikian.

Katanya, beberapa ADUN dan ahli Parlimen PKR telah ditugaskan untuk membantu Badrul dalam melaksanakan tugas-tugas di kawasan berkenaan.

No comments

Powered by Blogger.