Berita Bohong Dari Muhyiddin! Lawak Pengkhianat Negara
Pemimpin Terengganu setia pada Umno: Muhyiddin
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak sebarang kemungkinan beberapa pemimpin Umno akan meninggalkan parti itu kerana mereka ini setia kepada parti.
"Bukan saja pemimpin tetapi penyokong Umno di Terengganu setia kepada parti," katanya kepada pemberita di sini bagi mengulas ura-ura kononnya beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Muhyiddin, yang juga Timbilan Presiden Umno, berkata beliau akan melawat Terengganu hari ini dan akan menemui pemimpin dan anggota Umno di negeri itu.
Katanya ada pihak akan cuba mempengaruhi sesetengah pemimpin Umno untuk meninggalkan parti itu tetapi beliau yakin mereka tidak akan berbuat demikian kerana mereka ini cukup berpengalaman.
Muhyiddin juga berkata beliau berharap keadaan di Terengganu akan menjadi lebih baik di bawah kepimpinan Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.
"Saya harap bulan puasa ini akan menjadi titik permulaan bagi kita untuk terus bersatu," katanya.
Ketika ditanya mengenai mesyuarat agung luar biasa MCA pada 30 Sept ini bagi membincangkan kemelut yang sedang melanda parti itu, Muhyiddin berharap pemimpin MCA akan dapat menyelesaikan sebarang isu dengan baik.
"Lebih cepat lebih bagus," katanya.
Mengenai kekecohan yang ditimbulkan oleh pakatan pembangkang di Perak, Muhyiddin berkata kerajaan tidak akan menggunakan pendekatan undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mengatasi masalah di negeri itu.
"Saya tak fikir itu pendekatan yang akan kita gunakan, saya harap mereka mempunyai pemimpin yang faham kerana di kalangan mereka ramai terdiri daripada peguam dan mereka tahu keputusan mahkamah," katanya.
Beliau berkata mereka tidak menghormati keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah bahawa kerajaan negeri di bawah Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir adalah sah.
Semalam Adun Perak daripada pakatan pembangkang mengadakan satu mesyuarat di sebuah hotel di Ipoh yang mereka anggap sebagai "persidangan dewan". - Bernama

No comments
Post a Comment