Bertudung Kerana Keperluan Watak

http://manggaonline.com.my/gosip/images/stories/gossip-wanita2.jpg

Pelbagai ragam artis yang dapat Mangga Muda lihat sekarang. Makin dunia maju, makin banyak perangai yang dapat dilihat yang adakalanya tak logik bila difikirkan.

Sejuk hati Mangga Muda bila melihat ramai pelakon yang menutup aurat apabila melakonkan watak utama untuk menonjolkan perilaku yang baik dan sopan. Namun semuanya hanya lakonan semata kerana kita hanya dapat menatap kemanisan wajah bertudung hanya di layar televisyen. Jika di luar, mereka sama seperti remaja Barat yang berpakaian ala tak cukup kain. Bukanlah semua artis begitu, hanya segelintir sahaja.

Namun baru-baru ini kenyataan seorang artis veteran mengejutkan Mangga Muda. Katanya beliau belum bersedia untuk menutup bahagian kepalanya kerana sebagai seorang pelakon agak susah untuk mendapatkan watak sekiranya bertudung. Artis tersebut memberi alasan beliau bertudung pada majlis tersebut hanyalah keperluan untuk memperkenalkan wataknya dalam drama yang bakal disiarkan oleh salah sebuah stesen TV swasta.

Apapun Mangga Muda berharap bersamalah kita dilimpahkan petunjuk dan rahmat daripada Allah S.W.T. di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.

sumber

No comments

Powered by Blogger.