Cerita Binatang: Katak Nak Selamatkan Lembu!

Perkasa sedia bantu – Ibrahim

KOTA BHARU 9 Sept. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bersedia membantu 12 orang yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan terlibat dalam perhimpunan haram mengarak kepala lembu bagi membantah cadangan pembinaan kuil di Seksyen 23, Shah Alam, baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang tidak mahu tawaran itu disalahertikan menegaskan ia satu tanggungjawab bersama atas nama kepentingan ummah dan mempertahankan agama Islam.

Beliau berkata, Perkasa bukan parti politik dan tidak perlu menggadai maruah Islam kerana undi atau mengejar kuasa untuk memerintah negara ini seperti dilakukan sesetengah pihak bagi menarik sokongan kaum lain.

“Ada kuasa tetapi tidak ada iltizam mempertahankan agama Allah adalah bacul dan bukan pemimpin yang boleh diharap.

“Justeru itu, beberapa ahli kita yang juga peguam sedia menawarkan khidmat guaman atas dasar komitmen jihad terhadap perjuangan Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai 12 individu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini kerana membawa dan memijak kepala lembu bagi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu di kawasan kediaman Seksyen 23, Shah Alam pada 28 Ogos lalu.

No comments

Powered by Blogger.