Sultan Selangor Sampaiakn Sumbangan Hari Raya Dan Bantuan Perubatan Di Kelana Jaya
Kelana Jaya , 9 Sept 2009 - Seramai 300 anak yatim, fakir miskin dan saudara baharu menerima sumbangan Hari Raya sempena Majlis Berbuka Puasa bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Bersama Rakyat di Masjid Tengku Kelana Jaya Putera, Kelana Jaya, petang tadi.
Pada majlis tersebut, baginda berkenan menyampaikan sumbangan 300 ringgit setiap seorang kepada anak yatim, fakir miskin dan saudara baharu.
Baginda turut menyampaikan sumbangan khas berjumlah RM15,000 kepada tiga keluarga pesakit kurang kemampuan untuk membiayai rawatan perubatan mereka.
Pesakit terbabit ialah adik Afiqah Yasmin Jamaluddin, berumur 9 bulan yang menghidap sakit jantung dan paru-paru, Puan Noraziatul Saadiah Saharom yang menghidap barah payu dara peringkat akhir dan adik Muhammad Hazim Husaini, berumur 15 tahun yang menghidap kanser kelenjar.
Sumbangan yang dibiayai oleh Syarikat Gapurna Sdn Bhd ini diharap dapat meringankan beban yang ditanggung penerima terbabit, di samping menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna.
Ibu kepada adik Afiqah Yasmin, Norhaza Zan, bersyukur di atas sumbangan yang diterima dan berharap ia dapat membantu membiayai rawatan anaknya.
“Alhamdulillah, dengan sumbangan ini dapatlah saya menampung perbelanjaan rawatan Afiqah dan beberapa anak yang lain,” katanya.
Adik Muhammad Hazim Husaini pula berasa sangat gembira dapat bertemu Sultan yang dikasihi dan berbuka puasa bersama Tuanku.
“Saya rasa gembira sangat dapat berjumpa dengan Sultan Selangor dan berharap sumbangan ini dapat meringankan beban ibu saya, terima kasih,” katanya.
Siti Aisyah Abdullah, seorang mualaf dan ibu tunggal yang memeluk islam hampir sembilan tahun lalu, berharap kedua-dua anaknya akan menjejaki langkahnya.
“Saya memeluk agama Islam sejak tahun 2001, dan saya merasakan agama Islam ini terlalu indah dan sepanjang tempoh itu terlalu banyak halangan dan rintangan yang saya lalui,” ujarnya.
Turut hadir pada majlis ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud, ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan Pengerusi Gapurna Sdn Bhd, Datuk Mohamad Salim Fateh Din.

No comments
Post a Comment