Chan Kong Choy Mungkin Ambil Tindakan Undang-undang
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa media kerana menerbitkan laporan yang mengaitkan beliau dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Chan, yang kini berada di luar negara, telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti perkara itu, yang mungkin memerlukan kepada saman fitnah difailkan kemudian.
Hab pindah kapal PKFZ seluas 405 hektar itu, yang menempatkan gudang, blok pejabat dan hotel bertaraf empat bintang, diselubungi kontroversi selepas didedahkan bahawa kos pembangunannya melambung tinggi daripada kos asalnya yang kurang dari RM2.5 bilion meningkat kepada RM4.6 bilion.
"Tan Sri (Chan Kong Choy) amat dukacita dengan laporan berita yang tidak disahkan," kata sumber yang rapat dengan Chan kepada Bernama di sini Rabu.
"Kami percaya niat laporan seumpama itu adalah bagi menimbulkan perselisihan di antara Tan Sri dan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat supaya para penyokong Tan Sri dalam parti (MCA) akan marah. Ini merupakan percubaan untuk mengalih sokongan dari Ong," dakwa sumber itu.
Beberapa media telah menerbitkan berita dengan memetik laporan sulit oleh satu pasukan petugas yang dilantik kerajaan bagi menyiasat skandal PKFZ yang telah mengenal pasti beberapa kelemahan serius oleh beberapa orang yang terbabit dalam pembangunan PKFZ.
-- BERNAMA

No comments
Post a Comment