Zambry TAu Ke Apa Itu Undang2?Apa Itu Pelembagaan?
Zambry mahu pembangkang hormati keluhuran Perlembagaan
IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, mahu pembangkang menghormati prinsip keluhuran perlembagaan dan menerima keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh semalam sebagai hakikat sebenar apa yang berlaku di negeri ini.
Beliau berkata, keputusan mahkamah semalam juga mencerminkan kedudukan sistem undang-undang dan perlembagaan yang telah lama dipraktikkan tetapi pembangkang seringkali membuat pelbagai tuduhan dan dakwaan yang tidak berasas mengenainya.
"Apa yang sebenarnya berlaku di negeri Perak hari ini telah terserlah dengan tindakan dan kejadian yang mereka lakukan untuk mengelabui dan mengelirukan pemikiran dan perhatian rakyat.
"Saya daripada awal berdiri atas prinsip keluhuran perlembagaan walaupun ada barangkali (keputusan) mahkamah tidak memihak kepada saya tetapi sebagai warganegara, saya akur kepada undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh semalam yang membatalkan dengan kos permohonan saman bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, terhadap Speaker Datuk R Ganesan untuk menuntut ganti rugi serangan dan serang sentuh, ganti rugi salah penahanan dan ganti rugi teruk.
Zambry berharap, rakyat dapat menilai wajah sebenar pembangkang melalui tindakan mereka melakukan siri-siri saman-menyaman dengan membawa kes itu ke mahkamah.
"Hari ini ada lagi, ini berkenaan kedudukan Exco pula. Jadi mereka ini tidak berpuas hati. Kalau keputusan mahkamah berpihak kepada mereka, pembangkang kata mahkamah adil tetapi jika ia tidak memihak, mereka kata mahkamah tidak adil, hakim dibeli dan sebagainya," katanya.
Beliau mahu pembangkang menghentikan segala tindakan dan perbuatan mengarut dan kembali menjadi pihak pembangkang berkredibiliti demi kepentingan negeri dan rakyat.
Semalam, Hakim Datuk Azahar Moahamed dalam penghakimannya berkata sebarang perkara berbangkit berhubung pelucutan dan pelantikan Speaker pada persidangan berkenaan sepatutnya dikaji, dibincang dan diselesaikan di dalam DUN dan bukan di mahkamah serta DUN Perak mempunyai bidang kuasa eksklusif atas perkara itu.
Dalam penghakiman itu juga, Azahar Moahamed berkata setakat yang melibatkan mahkamah ini, keputusan DUN 7 Mei lepas untuk memecat plaintif (Sivakumar) sebagai Speaker dan melantik defendan (Ganesan) adalah konklusif dan telah diputuskan dengan adil oleh dewan negeri. - Bernama

No comments
Post a Comment