Hannah Rasmi Gelanggang Futsal Flat SS13
SUBANG JAYA, 9 Sept - Hasrat penduduk flat SS13, Subang Jaya untuk mempunyai kemudahan rekreasinya sendiri, tercapai apabila Ahli Dewan Undangan Negerinya, Hannah Yeoh hari ini merasmikan gelanggang futsal untuk penduduk perumahan itu.
Gelanggang futsal bernilai kira-kira 38 ribu ringgit ini dibina oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan kerjasama ahli majlisnya dan Pejabat Khidmat ADUN Subang Jaya.
Sebelum ini, penduduk terbabit menggunakan sebuah kawasan lapang berhampiran sebagai padang bola sepak dan tempat beriadah pada hujung minggu.
Namun setelah MPSJ menyewakan kawasan tersebut kepada pihak swasta untuk membangunkan Kompleks Kemudahan Kemasyarakatan, mereka tidak dapat menggunakannya lagi.
“Kita nak kanak-kanak yang membesar di tempat ini ada tempat bermain dan ada aktiviti yang sihat, jadi kita nak mempromosikan kegiatan futsal dekat di sini supaya mereka tidak terlibat dalam aktiviti yang lain, tak payah pergi cari cyber cafe, mereka ada tempat untuk bermain dan pagar pun memastikan keselamatan kanak-kanak dekat sini dan orang dewasa pun boleh dapat benefit dari tempat futsal ini”, kata Hannah Yeoh.
Beliau berkata demikian kepada Tv Selangor selepas merasmikan gelanggang futsal dan menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya MPSJ kepada 20 penerima, termasuk ibu tunggal, fakir dan miskin di Flat SS13, Subang Jaya petang tadi.
Dalam pada itu, Hannah memberitahu penduduk di situ juga dibenarkan menggunakan padang bola sepak Kompleks 3K seminggu sekali pada hari Jumaat dari jam 5 petang hingga 7 malam secara percuma.
Ini kerana sebelum bangunan itu bina, pihak MPSJ berjanji untuk membenarkan penduduk SS13 menggunakan padang tersebut secara percuma, namun ramai di antara mereka tidak maklum hal ini.
“Because dia jadi tempat swasta, and it is mini stadium now, tapi sebelum ada 3K, memang penduduk memang boleh main sana secara percuma, then sudah dikawalkan, jadi problem laa. Walaupun MPSJ own the thing, but it is Summit Management, tetapi stadium kita dah ambil balik MPSJ, so kita permit penduduk to use at least once a week secara percuma”, kata Ahli Majlis MPSJ, Theresa Ratnam.
“Kami penduduk SS13 selama ni tidak pernah dapat menggunakan padang MPSJ tu, selepas dia orang ambil alih, terus kita tak ada padang”, kata Setiausaha Persatuan Penduduk SS13, Azlifuddin M.Azmin.
Sumbangan Raya tersebut turut disampaikan Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya, R. Rajiv, masing-masing menerima wang tunai berjumlah 100 ringgit dan hamper barang keperluan harian. - NIZAM

No comments
Post a Comment