Ibrahim Ali! Hang Mula2 Buat Tahi, sekarang Nak Bincang Pula?

ISA: Perkasa cadang adakan rundingan meja bulat
TUMPAT: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan Kementerian Dalam Negeri supaya mengadakan satu persidangan meja bulat bagi membincangkan sebarang bentuk cadangan pindaan berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh pihak tertentu.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata ini perlu bagi membolehkan pihak berkenaan menimbang dan mengkaji cadangan daripada pelbagai pihak yang berkepentingan, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum dilaksanakan.

"Jika ini dibuat ia akan memudahkan Peguam Negara merangka draf pertama sebelum dibentangkan di peringkat Parlimen untuk diluluskan.

"Sebelum draf pertama dicetak dan dibawa ke Parlimen ia perlu dibincangkan di luar untuk ditokok tambah segala cadangan yang dikemukakan oleh pihak yang berminat dan berkepentingan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di kediamannya di sini, malam Isnin.

Katanya, langkah ini juga dilakukan sebagai membuktikan sikap keterbukaan kerajaan dalam melayani kemahuan pihak berkenaan berhubung isu itu.

Beliau diminta mengulas mengenai pertemuannya dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, di Putrajaya Selasa lepas untuk menyerahkan memorandum cadangan pindaan ISA.

Menurut Ibrahim, sebagai sebuah pertubuhan NGO pertama yang mengemukakan cadangan, Perkasa sudah membentuk sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada peguam berpengalaman dalam menyediakan pandangan ke arah penambahbaikan cadangan itu.

Sementara itu, Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas menolak anggapan sesetengah pihak kononnya beliau kemungkinan menyertai parti pembangkang khasnya Parti Keadilan Rakyat sebagai platform perjuangan politiknya.

"Saya tidak ikut (Penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dasar yang sangat peribadi walaupun sesetengah pihak menganggapnya sebagai idola atau ikon kepada perjuangan politik negara," katanya.

Ditanya kemungkinan menyertai Umno semula, Ibrahim berkata beliau masih belum membuat keputusan walaupun rakyat dalam kawasannya menyerahkan mandat kepada beliau untuk membuat sebarang keputusan. BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.