UMNO = United Munafik National Organisation

Isu Kuil Hindu dan demontrasi kepala lembu di Seksyen 23, Shah Alam jelas menampakkan kemunafikan umno. Mereka kononnya beriya-iya sangat hendak memperjuangkan Islam, tapi sebenarnya mereka yang tidak mahu kepada Islam. Mereka ini berselindung disebalik topeng NGO-NGO melayu.




Saya merasa jijik dengan perbuatan mereka ini. Pelik..? Semasa mereka memerintah Selangor dahulu, kita tidak nampak hendak mereka bersungguh-sungguh untuk melaksanakan sistem Islam.

Puak mereka ini (Umno) sebenarnya tidak memahami tentang agama Islam. Umno yang sebenarnya memperalatkan Islam untuk kepentingan politik. Jika mereka ikhlas untuk melaksanakan sistem Islam, kenapa pemohonan Kelantan hendak melaksanakan sistem perundangan Islam (Hudud) pada tahun 1990-an, mereka tolak!!?

Sekarang mereka melalak tepi jalan kononnya hendak kepada Hudud. Ini adalah kerja-kerja orang munafik!!! Kenapa mereka tidak melalak ditepi jalan dan marah kepada Kerajaan Persekutuan kerana tidak membenarkan Kelantan untuk melaksanakan Hudud..? Ini jelas menunjukkan mereka ini bermuka-muka.

Berkenaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam, cuba kita lihat di Kelantan. Semasa tumbangnya kerajaan Umno di Kelantan, Kerajaan APU pada masa itu tidak meruntuhkan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam. Dan sekarang di Kelantan, walaupun rakyatnya 90% lebih berugama Islam namun disana terdapat Patung Budha terbesar di Asia Tenggara.

Dalam sejarah Islam, semasa pembukaan Kota Jerussalam pada zaman Khalifah Umar Al-Khatab dan Panglima Salahuddin Al-Ayubbi, mereka tidak meruntuhkan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam. Kerajaan Islam pada masa itu menjaga hak berugama kepada orang-orang bukan Islam.

Mereka tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam. Mereka lebih menekankan kepada memberi keadilan Islam kepada orang-orang bukan Islam. Dengan itu, orang bukan Islam akan tertarik kepada Islam.

Orang-orang umno jahil tentang hal ini ataupun mereka buat-buat tak tahu? WaAllahhua'lam..

Namun yang sebenarnya mereka ingin sengaja memcetuskan huru-hara antara agama di Selangor. Mereka suka memecah-belahkan perpaduan untuk kepentingan politik murahan mereka. Kerja-kerja memecah-belahkan perpaduan ini adalah kerja orang-orang munafik sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Ketua mereka (UMNO) pada masa itu adalah Abdullah Bin Ubai.. dan sekarang diambil-alih oleh.... lu fikirlah sendiri..!!

"

No comments

Powered by Blogger.