Isteri MB Sampaikan Sumbangan Hari Raya

TANJUNG KARANG, 8 Sept - Bersedekah dan membantu golongan kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadan ini adalah perkara yang amat dituntut oleh Islam.

Baru-baru ini, seramai 110 asnaf fakir,miskin, ibu tunggal serta anak yatim dari Dun Permatang diraikan dalam suasana sederhana dalam satu majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan di Masjid Jamek, Kampung Sungai Gulang-gulang,Tanjung Karang.

Majlis anjuran Pusat Khidmat Rakyat Dun Permatang dengan kerjasama Dewan Perniagaan Islam Melayu (DPIM) Selangor turut mengundang isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut untuk menyampaikan sumbangan.

Sebanyak 10 orang asnaf dari setiap kampung disini dipilih menerima sumbangan dan mereka ini terdiri daripada penduduk Kampung Bukit Belimbing, Kampung Hujung Permatang,Kampung Parit Serong, Kampung Raja Musa, Bestari Jaya dan Sri Pinang Jaya.

Anak-anak yatim yang ditemui di majlis ini ternyata gembira kerana masih ada pihak yang sudi membela nasib mereka terutama pada bulan Ramadan.

Seorang anak yatim,Mohd Azwan Abdul Rahman, 17 tahun,dari kampung Parit Serong berkata beliau sangat gembira kerana diraikan pada majlis seperti ini.

“Saya berasa bersyukur, alhamdulillah.Terima kasih kepada mereka yang bagi,terima kasih. Ini untuk pelajaran,masa depan dan baju raya semua,untuk menabung diri sendiri”,katanya.

Seorang lagi penerima,Norbiah Maharuddin dari Kg Blok T,Sawah Sempadan, melahirkan rasa syukur dengan sumbangan tersebut.

Beliau yang juga ibu tunggal kepada dua anak terharu dan sedih menerima sumbangan dan berharap sumbangan kali ini dapat membela nasib mereka terutama pada bulan Ramadan ini.

“Memang sedih…pertama kali kan sebab suami kakak meninggal,pertama kalilah menerima.Kakak memang keluarga susah.Sumbangan ini untuk anak-anak,susu dia,keperluan dia lah”,katanya.

Turut hadir dalam majlis ini, Pengerusi DPIM Selangor, Haji Md Shah Amin dan Ketua Pengarah Pusat Khidmat Rakyat Dun Permatang yang juga Ketua Cabang Parti Keadilan Tanjung Karang,Tuan Haji Abdul Kudus Hj Omar.

No comments

Powered by Blogger.