Kan Dah Kata Muhyiddin Ta Mau ISA Jadi Calon!
Oleh Wan Jailani Razak dan Ziauddin Sharuddin
bhnews@bharian.com.my
SHAH ALAM: Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan diminta mengemukakan lebih banyak nama sebagai calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri dan terpulang kepada Mohamad untuk membuat cadangan.
Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Presiden Umno meminta semua pihak supaya tidak banyak membuat spekulasi mengenai bakal calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding sehingga keputusan mengenainya diumumkan pucuk pimpinan parti.
Katanya, sehingga kini, pucuk pimpinan parti belum menerima senarai rasmi calon yang bakal bertanding.
"Mereka belum lagi menghantar secara rasmi. Saya baru saja baca dalam surat khabar yang anda laporkan, kami belum terima senarai rasmi," katanya kepada pemberita ketika mengulas bakal calon BN pada pilihan raya kecil itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pasar Tani Mega Shah Alam, anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).
Muhyiddin berkata, keputusan mengenai calon BN akan diumumkan oleh pucuk pimpinan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon dan pilihan raya kecil itu nanti.
Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor, 54, daripada BN, Jumaat lalu akibat jangkitan kuman dalam darah.
Mengikut laporan akhbar sebelum ini, semua 33 Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Teluk Kemang sebulat suara menamakan ketuanya yang juga bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon BN untuk pilihan raya kecil itu.
Semalam, Isa pula dilaporkan sebagai berkata Umno Teluk Ke mang akan mengikut amalan biasa dengan menyenaraikan tiga nama dan akan dihantar kepada pucuk pimpinan parti minggu depan.
Di SEREMBAN, Mohamad berkata, calon yang akan mewakili BN pada pilihan raya kecil itu adalah rahsia.
Katanya, hanya pucuk pimpinan parti akan membuat keputusan akhir calon yang akan bertanding di Bagan Pinang.
“Kita hantar nama kepada Umno pusat dan sesiapa dipilih oleh pucuk pimpinan parti, itulah calon kita. Sesiapa pun yang kita calonkan, tidak perlu sebut kepada orang ramai. Rahsiakan calon kita.
"Jangan bagi isu kepada orang ramai yang boleh menempelak Umno nanti. Yang penting dalam pilihan raya ialah parti. Calon hanya mewakili parti," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan kepada Umno bahagian Rembau di Dewan Orang Ramai Rantau dekat sini, semalam.

No comments
Post a Comment