TGHA Sampaikan Tazkirah Di Masjid Al- Hidayah, Shah Alam





Tuan guru Haji Abdul Hadi Awang telah sampaikan tazkirah Ramadhan di Masjid Al- Hidayah, Seksyen 18 Shah Alam malam ini. Ribuan manusia hadir mendengar kuliah beliau termasuk ahli Parlimen Shah Alam, Hj Khalid Samad. Dalam ucapan alu-aluan Khalid Samad menyatakan tahun ini seluruh masjid di Shah Alam meriah dengan kuliah-kuliah majlis ilmu tidak seperti tahun-tahun sebelumnya , menandakan kebangkitan umat Islam untuk mendaulatkan Islam di Bumi Selangor yang tercinta ini.
Dalam ringkasan ucapan Tazkirah Ramdhan oleh Tok Guru Haji Hadi menyatakan bulan Ramdhan merupakan bulan diturunnya Al-Quran, awalnya kerahmatan, pertengahannya keampunan dan akhir Ramdhan diselamatkan manusia daripada api Neraka Allah Taala. Umat Islam digesa jangan ambil mudah dan memandang enteng terhadap dosa kecil yang dilakukan.
Jangan kita Syirik kepada Allah, kerana dosa Syirik tidak diampun dosanya oleh Allah.Janganlah kita sengaja meninggalkan puasa walaupun sehari kerana ia akan menjadi dosa besar. Bertadaruslah Al-quran dan banyakkan membaca Al-Quran di bulan yang mulia ini kerana di bulan Ramadhan inilah diturunkan Al-Quran. Al-Quran itu menjadi petunjuk kepada manusia yang membawa kepada jalan kebenaran.
Para nabi dan Rasul dilantik oleh Allah, sedangkan wakil rakyat, Perdana Menteri dan juga Presiden adalah dipilih oleh manusia. Allah memberi kelebihan dan nikmat yang tak terhingga kepada para nabi , siddiqin, solehhin dan para shuhada.Hanya orang yang bertaqwa saja jadikan Al-Quran sebagai petunjuk dalam semua urusan dunia. Al-Quran ajar manusia bagaimana nak pilih pemimpin, bagaimana nak berpolitik, tapi di Malaysia tak boleh berpolitik dalam masjid.
Orang yang tak solat, tak puasa, tak keluar zakat, kedekut berbelanja dengan anak-bini masuk neraka.Manusia yang pilih pemimpin tak ikut Quran masuk neraka.Mereka yang berpaling daripada Al-Quran , tidak jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup mereka celaka di dunia dan celaka di akhirat.Mereka dibangkitkan di akhirat dalam keadaan buta.
Kenapa banyaknya berlaku kegiatan jenayah?Banyak berlakunya penyakit yang merbahaya. Ini semua kerana manusia berpaling daripada Al-Quran. Mereka hanya menjadikan Al-Quran sebagai pameran, dilukis dalam khat yang cantik-cantik dan dilekatkan didinding tapi tidak mahu menurut isi kandungan Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, kerana bahasa Arab bahasa yang mulia di sisi Allah. Allah tidak turunkan Al-Quran dalam bahasa Melayu kerana Allah tahu orang Melayu sendiri tidak pedulikan bahasa mereka sendiri.Orang Melayu tidak letakkan bahasa mereka ditempat yang sepatutnya.Orang yang buta Al-Quran melawan Al-Quran, menentang hukum-hukum Allah yang terdapat dalam Al-Quran. Orang kafir rasa gembira kerana umat Islam jadi buta terhadap Al-Quran.
Puasa Ramdhan melatih umat Islam menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah. Sebarang pertelingkahan hendaklah kembali kepada Al-Quran bukannya berdasarkan hukum akal dan fikiran yang bernafsukan syaitan.
Wallh hu a'lam

misai merah

No comments

Powered by Blogger.