Tiga selamat nahas ngeri

http://www.bharian.com.my/Monday/Nasional/20090914073451/mainpix1.jpg

JERTIH: Berpantang maut sebelum ajal. Melihatkan keadaan kenderaan yang bertindih di Kilometer 60, Jalan Kuala Terengganu-Jertih dekat Kampung Jabi di sini, ramai tentu menyangka tiga pemandu terbabit mungkin mengalami kecederaan parah.

Namun, dalam kemalangan bermula jam 5.30 pagi itu, semua pemandu hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Besut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan, Roslan Hassan, berkata kemalangan pertama berlaku apabila kereta Proton Iswara dipandu, Fatimah Nur Aziah Mohamad, 24, terbabas selepas melanggar kotak pencawang elektrik terletak di bahu jalan berkenaan.

Beliau berkata, belum sempat kereta itu dialihkan, tiba-tiba sebuah Proton Pesona dipandu Mohamad Hanif Asrof Ibrahim, 20, terbabas selepas terlanggar tayar belakang lori.

“Kereta Proton Pesona berpusing beberapa kali dan tercampak ke atas Iswara yang sudah tersadai di bahu jalan," katanya.

Beliau berkata, lori yang dipandu Naim Razab, 31, turut hilang kawalan selepas dilanggar Pesona berkenaan.

No comments

Powered by Blogger.